WASHINGTON, 22 Disember — Billionaire usahawan Elon Musk berkata platform media sosial miliknya, X , yang dahulunya dikenali sebagai Tweeter berhasrat untuk memulakan perkhidmatan sebagai platform kewangan menjelang pertengahan 2024, di mana kini X sedang menunggu kelulusan lesen kewangan, dipetik dari sumber akhbar Russia.
Menurut Elon Musk, X sedang menunggu kelulusan akhir bagi mendapatkan lesen pemindahan wang. Elon Musk juga menjangkakan akan mendapat kelulusan tersebut pada awal tahun depan.
Platform X telah memperoleh lesen itu di kebanyakan negeri Amerika Syarikat, tetapi usaha itu “tidak relevan” sehinggalah California dan New York juga meluluskan lesen kewangan kepada X, kata Elon Musk.
Pada bulan Julai lepas, Elon Musk berkata bahawa pengguna akan dapat menjalankan kewangan mereka dengan lengkap dan menyeluruh melalui X.