spot_img
spot_img

Shahrir Samad saman kerajaan Malaysia

spot_img

KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Ab. Samad telah memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM30 juta daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.

(Bekas Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir PM kali ke 2)

- Advertisement -

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Disember lalu melalui firma guaman, Tetuan Fahri, Azzat & Co dan sesalinan  dokumen terbabit diperoleh media lewat petang hari ini.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman terbabit ialah SPRM dan kerajaan Malaysia.

Berdasarkan penyataan tuntutan, bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selaku plaintif itu mendakwa, selepas berlakunya perubahan kerajaan yang sebelum ini dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH), ramai ahli-ahli politik daripada pelbagai latar belakang dan dari UMNO yang disiasat oleh SPRM.

- Advertisement -

Ujarnya, dirinya juga telah sasaran siasatan dan didakwa secara terpilih dengan niat jahat.

Pada 21 Oktober 2020, Shahrir telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 10 tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Shahrir, pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah bertentangan dengan aduan yang dibuat oleh seorang individu bernama Mariana Md. Isa dan bertentangan dengan tujuan Notis Tawaran Kompaun yang telah diserahkan kepadanya bagi tujuan mendapatkan kembali wang yang diselewengan daripada 1MDB.

Tambah plaintif, keterangan beberapa orang saksi sewaktu perbicaraan mendedahkan bahawa Sharir telah dituduh sebelum siasatan terhadapnya selesai.

Sehubungan itu, Shahrir mendakwa semua defendan  secara bersama atau berasingan telah melakukan siasatan dengan niat jahat, penangkapan secara salah pendakwaan berniat jahat (malicious prosecution) dan misfeasans (salah laku) di pejabat awam.

Ujarnya, SPRM ketika di bawah kawalan Latheefa tidak mengambil langkah untuk meminta LHDN menentukan status sama ada RM 1 juta tersebut adalah pendapatan atau tidak sebelum mendakwa plaintif.

Tommy selaku Peguam Negara ketika itu telah mengeluarkan izin mendakwa sekalipun kertas siasatan yang dikemukakan kepadanya masih belum lengkap.

Plaintif juga menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia adalah bertanggung jawab secara vikarius ke atas semua tindakan Tommy, Latheefa dan SPRM.

Sharir mendakwa akibat perbuatan kesemua defendan beliau telah dihina, reputasinya tercemar dan plaintif terpaksa menanggung malu serta mengalami tekanan mental, jiwa dan raga.

Oleh itu, Shahrir menuntut satu pengisytiharan bahawa kesemua defendan telah melakukan siasatan, tangkapan dan pendakwaan secara salah.

Plaintif juga memohon pengisytiharan bahawa kesemua defendan telah melakukan misfeasens dalam pejabat awam.

Selain itu, Shahrir menuntut pampasan RM20 juta atas penyiksaan mental, jiwa dan raga serta kerosakan reputasinya.

Shahrir turut memohon ialah ganti rugi am dan teladan berjumlah RM10 juta.

Turut dimohon ialah permohonan maaf tanpa syarat, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

 

sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img