spot_img
spot_img

Ilham Tower milik Tun Daim disita SPRM

spot_img

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Bangunan pencakar langit Ilham Tower, milik bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal hari ini.

Dipetik sumber dari Malay Mail , Menara Ilham yang dimiliki oleh Tun Daim telah disita oleh SPRM selepas pihak Tun Daim tidak dapat memberikan butiran kewangan bagaimana menara itu dibina. Ia telah melepasi tempoh yang diberikan oleh SPRM bagi pihak Tun Daim menjelaskan kepada pihak berkuasa itu.

- Advertisement -

(Tun Daim merupakan salah seorang menteri kabinet penting di era Tun Dr Mahathir Mohammad)

Menurut laporan berita itu, Tun Daim telah diberitahu untuk memberikan kepada SPRM pegangan kewangannya dan aset lain milik keluarganya tetapi gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan. Tun Daim mahu perlanjutan tempoh masa dan meminta SPRM mendedahkan sebab kenapa badan berkuasa itu meminta pengisytiharan aset darinya.

Tun Daim juga meminta penjelasan mengenai kesalahan yang beliau sedang disiasat. Menurut sumber itu lagi, Tun Daim telah menerima notis daripada SPRM pada awal Disember lalu bahawa permintaannya untuk lanjutan tempoh masa telah ditolak dan hari ini bangunan itu disita.

- Advertisement -

Laporan itu menyebut di bawah perintah rampasan itu, SPRM akan mengawal harta yang dirampas itu.

Pada Mei 2023, SPRM melaporkan ia telah membuka kertas siasatan terhadap beberapa tokoh perniagaan dan individu bergelar “Tan Sri” termasuk bekas menteri kanan mengenai penyelewengan dana negara berjumlah RM2.3 bilion.

Ia kemudiannya telah membekukan 192 akaun bank, termasuk 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu yang berkaitan dengan kes itu.

Kesemua mereka diserahkan notis berikutan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, kata SPRM ketika itu.

Menurut berita itu lagi, dana itu melibatkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang disenaraikan secara terbuka, dua entiti yang berkait dengan Umno.

Menara Ilham setinggi 60 tingkat terletak di Jalan Binjai berhampiran Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas.

Antara lain, ia mempunyai Galeri Ilham dan hotel Element Kuala Lumpur.

Memetik dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, bangunan itu dimiliki oleh Ilham Tower Sdn Bhd, anak syarikat sebuah syarikat swasta bernama Ilham Baru Sdn Bhd — dikawal oleh isteri Daim Na’imah Abdul Khalid dan dua anak lelakinya, Mohammed Amin Zainuddin dan Muhammed Amir Zainuddin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img