PETALING JAYA: Mulai 1 Januari ini, pembeli secara dalam talian akan dikenakan cukai jualanĀ 10 peratus ke atas semua barang bernilai rendah.
Malaysia sepatutnya mengenakan cukaiĀ ke atas barang berharga bawah RM500 tersebut pada 1 April lalu di bawah Belanjawan 2022, namun ditangguhkan.
Menerusi soalan lazim mengenai cukai jualan barang bernilai rendah yang diterbitkan di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)Ā pada 6 November 2023, pengenaan cukai tersebut akan dikuat kuasa awal tahun depan.
JKDM mentakrifkan barang bernilai rendah sebagai semua barangan tidak termasuk rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik, dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok, yang dijual pada harga tidak melebihi RM500, dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.
Secara berasingan, JKDM turut menerbitkan satu set garis panduan mengenai pelaksanaan cukai jualan barang bernilai rendah di portalnya bertarikh 3 November 2023.
Maklumat lengkap berkenaan barang-barang ynag dikenakan cukai itu akan menyusul.
Sumber ā UTUSAN