spot_img
spot_img

Gagal; akibat utamakan konsert dari acara sepatutnya

spot_img
Bukit Jalil 8 Dis : Tahukah anda, acara sukan tertua dan paling berprestij negara sudah mencecah 102 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air dan dinantikan seluruh peminat bolasepak tanahair.
(Piala Malaysia)

Sebagai kementerian dan badan yang menguruskan stadium acara berprestij ini, apa jua alasan akan keadaan padang, apatah lagi selepas memberi laluan kepada konsert – tiada perancangan selepas itu untuk membaik pulih bagi mengutamakan Piala Malaysia, akan terus dinilai gagal oleh rakyat negara ini. Kini segala-galanya menjadi persoalan apabila keadaan padang menjadi topik perbualan para peminat JDT dan Terengganu yang akan beraksi dalam perlawanan akhir malam ini.

Perkara utama yang berlegar di fikiran, mampukah kedu-dua pasukan pamer aksi terbaik mereka demi merebut sebuah piala dengan keadaan padang seperti padang sukaneka sekolah ?

(Keadaan padang yang masih belum sedia dibaiki menerusi foto Berita Harian)
Menjadikah perancangan dan taktikal kedua-dua pasukan dengan bantuan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang sepatutnya diutamakan untuk acara sukan berprestij seperti ini. Bayangkan peminat bolasepak England apabila pihak pengurusan stadium Wembley memberi alasan padang tidak sedia untuk perlawanan bola sepak kerana konsert Coldplay ? Hooligans atau samseng bolasepak mereka pasti merusuh !

Sanggupkah pemain pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu berdepan dengan risiko kecederaan menerusi kondisi padang tidak sekata selain dari rumput yang diandaikan seperti ‘sehelai jeans lusuh’ oleh akhbar tempatan Malaysia?

Kenyataannya keadaan padang amat teruk dan tidak layak dijadikan acara sukan berprestij itu. Pengurusan stadium telah gagal dalam merancang perkara ini. Terlalu utamakan konsert berbanding sukan bolasepak. Tidak ada alasan yang boleh diterima.
Dipetik melalui Stadium Astro di mana wartawan mereka terserempak dengan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang menunjukkan riak wajah sebal, kesal, basi dan menyuruh wartawan itu untuk lihat wajahnya sendiri apabila ditanya berkenaan masalah padang ;
“Look at my face …”, kata pelakon dan pelawak Ker Der, kini aktif politik sebagai seorang pemimpin dalam parti PKR. Dengan melihat wajah anda, tidak akan selesai masalah, anda masih perlu bertanggungjawab dan telah gagal dalam menguruskan acara yang paling penting dalam tugas pertama (sebenar) anda . Disarankan untuk meletakkan jawatan kerana memalukan sukan bolasepak tanahair.
Fokus sahaja di dalam bidang seni. Jangan apabila di dalam dunia politik baru setahun jagung, semua jawatan ingin diambil tanpa mengira latarbelakang dan kebolehan sendiri.
Kalau bukan Gerald Hans Isaac untuk dipertanggungjawabkan ? Siapa lagi rakyat Malaysia ingin luahkan kekecewaan ?
Editorial Berita Tular berpendapat ahli politik terlalu banyak mengisi jawatan yang tangkap muat dan bukan dalam kepakaran bidang mereka
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img