spot_img
spot_img

Muhyiddin u-turn, umum tawar diri calon Presiden Bersatu

spot_img

SHAH ALAM, 25 Nov — Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat u-turn selepas pengunguman semalam untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden yang disandangnya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin tak pertahan jawatan Presiden pada pemilihan tahun depan

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau berubah fikiran untuk kembali menawarkan diri sebagai Presiden untuk pemilihan parti tahun depan selepas berbincang dengan isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang memujuk beliau untuk bertanding jawatan presiden bagi satu penggal lagi.

- Advertisement -

“Perhimpunan agung tahunan ini bukanlah kuasa sebenar yang memutuskan sesuatu untuk saya. Ia sebenarnya isteri saya.

“Dia memberitahu saya melalui teks bahawa saya perlu kekal untuk satu penggal lagi kerana parti masih memerlukan saya. ‘Bersatu masih lemah,’ katanya, ‘dan ahli-ahli masih memerlukan anda untuk memimpin. Jangan kecewakan mereka’.

“Saya menjawab dengan berkata ‘Baiklah, sayang’ kepadanya.

- Advertisement -

“Dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya akan menawarkan diri sebagai calon dalam pemilihan parti akan datang untuk jawatan presiden,” katanya dalam ucapan penutup pada perhimpunan agung tahunan Bersatu keenam yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal di sini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img