spot_img
spot_img

Bilik Pamer Ferrari Malaysia dilokasi baharu

spot_img

KUALA LUMPUR – Pemilik dan Pengedar jenama Ferrari di Malaysia yang baharu, Ital Auto Malaysia semalam melancarkan dua buah model Ferrari baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Roma Spyder dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Purosangue.

Pengedar baru ini mengambil alih pengedarannya daripada Kumpulan Naza awal tahun ini.

NAZA bukan lagi pengedar eksklusif Ferrari di Malaysia

- Advertisement -

Untuk model terbaru yang dilancarkan ini, Ferrari Roma Spyder dijual pada harga RM3.2 juta manakala Purosangue berharga RM5 juta.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Zahir Kelvin Ong Abdullah, syarikat turut melancarkan bilik pameran Ferrari pertamanya, bertempat di Four Seasons Place Kuala Lumpur, Jalan Ampang di sini.

- Advertisement -

Katanya, bilik pameran berkeluasan 3,826 kaki persegi (355 meter persegi) itu terletak di lokasi strategik di sini untuk memenuhi permintaan peminat Ferrari.

“Selain menyediakan kemudahan dan memberi keselesaan kepada pelanggan, ia juga menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih baik, seiring dengan standard jenama ini.

(Ferrari Purosangue adalah pesaing kepada Lamborghini Urus)

“Bilik pameran ini boleh memuatkan dua buah kenderaan dalam satu masa dengan spesifikasi Identiti Korporat Ferrari,” katanya.

Turut hadir ketika perasmian ialah Presiden Ferrari Timur Tengah dan Timur Jauh, Dieter Knechtel.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img