BEIJING: Betapa lemahnya negara Islam, terutamanya negara-negara Arab di dalam membantu saudara seagama mereka di Palestin.
Persidangan OIC minggu lalu di Riyadh Arab Saudi hanya mengeluarkan retorik kecaman yang tidak membantu walau sekumit pun rakyat Palestin.
Yang lebih menyedihkan ialah terdapat negara-negara kaya Arab yang menghalang usaha tekanan keras dari segi ekonomi dan diplomatik dengan rejim pengganas Israel.
Kini, pemimpin-pemimpin negara Islam ini, pergi pula ke China untuk melakukan ‘sembang-sembang’ lagi. Bukan sahaja tidak mampu menolong saudara seagama, malah pemimpin dunia Islam terpaksa kelihatan tidak bermaruah dengan memerlukan kuasa bukan Islam seperti China, Russia untuk memberi tekanan kepada Israel.
China sekarang menjadi tuan rumah bagi rundingan bersama para menteri luar dari negara-negara Arab dan Islam yang diadakan pada Isnin (20 Nov) dan Selasa. Manakala rakyat Palestin terus dibom dan angka kematian meningkat hingga ke 13,000 nyawa.
Ia turut disertai Menteri Luar Indonesia dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).