Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Labuan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah digantung keahliannya selama 6 tahun oleh parti itu , Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa sokongan beliau terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebabkan ugutan ataupun habuan.
Sebaliknya, beliau berkata, tindakannya memberikan sokongan kepada Perdana Menteri adalah demi memastikan kelangsungan rakyat di Parlimen Labuan.
Suhaili menafikan sekeras-kerasnya berkaitan dakwaan Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Faisal di satu sidang akhbar yang dibuat di Dewan Rakyat semalam kononnya empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri telah didatangi oleh seseorang yang diberikan gelaran ‘Datuk Botak’, kononnya memberikan tekanan seperti mengugut, menjanjikan projek dan memberi habuan wang tunai.
Pada masa sama, Suhaili sekali lagi mengulangi bahawa sokongannya kepada Perdana Menteri adalah ikhlas tanpa sebarang paksaan atau tekanan.
Terdahulu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Faisal mendakwa konon terdapat dua individu yang membuat gerakan terancang untuk menarik beberapa Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong kepemimpinan Anwar.
Pemimpin Bersatu itu menamakan Farhash dan seorang individu lain yang digelar ‘datuk botak’ sebagai bertanggungjawab menarik Ahli Parlimen pembangkang menyokong Kerajaan Perpaduan.
(Farhash Wafa Salvador)
Hari ini dalam satu kenyataan media,