spot_img
spot_img

60 ADUN Bersatu teguh bersama Muhyiddin

spot_img

PETALING JAYA: Sebanyak 60 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berikrar untuk terus bersama dengan parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kesemua daripada mereka akan terus bersama dengan Bersatu.

Seramai 60 ADUN termasuk 12 dari Selangor berikrar akan terus istiqamah dalam perjuangan dalam membawa panji-panji Bersatu dan PN. Mereka juga akan berdiri teguh bersama Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk membawa parti ini ke puncak kejayaan yang lebih tinggi dan mempertahan idealisme perjuangan parti,” kata Azmin menerusi satu hantaran di Facebook.

- Advertisement -

Menurut Mohamed Azmin ia susulan perjumpaan ADUN Bersatu bersama Muhyiddin dalam menerangkan isu-isu semasa kepada mereka. Antara intipati penerangan itu ialah isu-isu serta cabaran semasa, dasar dan kebijakan parti serta tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Azmin yang juga merupakan ADUN Hulu Kelang mengumumkan, Bersatu turut membentuk sebuah sekretariat ADUN peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk merapatkan barisan kepimpinan ADUN Bersatu.

“(Ini) untuk mewujudkan kerjasama di antara negeri-negeri dalam usaha memperkukuh perjuangan demi mengangkat martabat umat dan negara,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img