spot_img
spot_img

2 lagi Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar, PAS tetap utuh

spot_img

KUALA LUMPUR, 8 Nov — PAS hari ini berkata pihaknya yakin tiada seorang pun ahli Parlimennya akan menyuarakan sokongan mereka kepada gabungan kerajaan pusat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan presiden parti Islam itu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau tidak melihat mana-mana ahli Parlimen berpotensi mengalih sokongan mereka, walaupun tiga ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah menyokong Anwar. Hari ini seorang lagi ahli parlimen Bersatu secara terbuka menyokong Anwar iaitu ahli parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Tuan Ibrahim menolak pertanyaan pemberita jika ada kemungkinan ahli parlimen PAS juga akan mengikut jejak langkat itu, ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di sini.

- Advertisement -

(Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man)

Tuan Ibrahim yakin Bersatu akan mengambil tindakan terhadap ahli parlimen mereka dengan sewajarnya.

- Advertisement -

Semalam, Mohd Azizi Abu Naim yang merupakan ahli parlimen Bersatu dari Gua Musang secara terbuka menyokong perdana menteri dan kerajaan perpaduan, sama seperti jejak langkah ahli parlimen Bersatu  Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata tindakannya menyokong Anwar perlu dilakukan demi dan kebaikan rakyat di kawasannya.

(Mohd Azizi Abu Naim dan kenyataan menyokong penuh Perdana Menteri dan kerajaannya – sumber Awani)

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook semalam, beliau menambah bahawa langkah itu akan membolehkan pengundinya menikmati faedah dan inisiatif, termasuk menaik taraf kemudahan infrastruktur yang dimintanya untuk Gua Musang semasa memegang jawatan ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img