spot_img
spot_img

Jual Rolex untuk salur pada Palestin

spot_img

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat lelongan jam tangan mewah jenama Rolex dengan hasil bidaan itu didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita.

Menurut Zulkifli, jam tangan itu dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud selepas menyampaikan ucapan di hadapan baginda ketika kunjungan hormatnya ke Malaysia.

- Advertisement -

“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Al-Malik Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini. Titah baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati.

“Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan bilion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000.

“Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

- Advertisement -

Jelas Zulkifli, orang ramai yang berminat boleh melakukan bidaan di ruangan komen hantaran terbabit.

“Bidaan ditutup pada 31 Oktober 2023 pukul 12.00 tengah malam,” katanya.

Setakat pukul 12.35 tengah hari ini, bidaan tertinggi jam tangan mewah itu berjumlah sebanyak RM95,000.

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img