spot_img
spot_img

Sebuah agensi baru diwujudkan untuk menjaga sempadan negara

spot_img

PUTRAJAYA, 25 Okt — Tempoh pemprosesan tapisan keselamatan permohonan kewarganegaraan dikurangkan, daripada 73 hari kepada 14 hari, menerusi sistem tapisan keselamatan bersepadu, yang dilancarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dengan pelaksanaan sistem yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), masa pemprosesan sesuatu permohonan adalah lebih cekap.

“Sebelum ini, dokumen permohonan kerakyatan yang diterima JPN akan diserahkan kepada polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan sistem ini, dokumen akan diserahkan secara dalam talian,” katanya pada sidang media, selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-75 jabatan itu disini hari ini.

- Advertisement -

Beliau berkata, sistem itu secara automatik akan menolak permohonan sekiranya mendapati pemohon terbabit dengan organisasi yang dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam serta mereka yang tinggal lebih masa.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata Kabinet akan memuktamadkan penubuhan sebuah agensi tunggal untuk mengawal sempadan negara tidak lama lagi.

“Keputusan siapa yang akan terlibat dalam agensi sempadan tunggal itu akan dibuat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet.

- Advertisement -

“Keselamatan dan kawalan sempadan negara di mana-mana negara di dunia adalah aspek penting dan terdapat beberapa agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya.

Tambahnya, kakitangan KDN diminta bersedia sekiranya kementerian dan agensinya bertanggungjawab terhadap penubuhan agensi itu.

Pada masa ini terdapat lebih 20 agensi terlibat dalam mengawal selia sempadan negara, termasuk Jabatan Imigresen (Imigresen), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

 

 

Sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img