spot_img
spot_img

MP Bersatu umum sokong kerajaan, tetapi mahu setia dengan parti ?

spot_img

Ipoh : Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini merupakan suatu tamparan kepada parti itu yang dilihat semakin ‘mengecil’.

Alasan yang diberikan adalah kerana tidak sanggup mendengar rintihan berterusan pengundi yang begitu terdesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

“Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, saya menyokong YAB Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

- Advertisement -

Bagaimanapun, Iskandar Dzulkarnain berkata, beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti.

Biarpun berdepan risiko akan diambil tindakan disiplin dari Bersatu,beliau tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terus terbiar dan ketinggalan hanya semata-mata kerana perbalahan naratif politik.

“Saya dengan ini mengambil keputusan untuk menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini, sehingga Pilihan Raya Umum yang seterusnya,” katanya.

- Advertisement -

Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lalu menyaksikan Iskandar Dzulkarnian menang kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan mendapat 14,380 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Maslin Sham Razman yang menerima 10,814 undi dan Dr Ahmad Termizi Ramli daripada Pakatan Harapan (10,356 undi) serta calon GTA Dr Yusmalia Mohamad Yusof (204 undi).

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu pernah menjadi setiausaha politik Menteri Besar Perak sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img