spot_img
spot_img

Geran padanan RM2 bilion diminta menerusi Belanjawan 2024

spot_img

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berharap kerajaan dapat membimbing mereka memahami keperluan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG –  Environmental, Social, Governance) dalam perniagaan, selain menyediakan geran padanan satu sama satu ESG berjumlah RM2 bilion menerusi Belanjawan 2024.

Jendela Biz sentiasa menyalurkan geran padanan satu sama satu ESG itu penting bagi membolehkan pelaksanaan transformasi ESG.

Menerusi kerangka Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (iESG) yang dilancarkan baru-baru ini, Jendela Biz akan membantu PKS memahami amalan ESG dengan lebih mendalam.

- Advertisement -

Jendela Biz juga berharap menerusi belanjawan tahun depan, kerajaan mampu meneruskan geran padanan satu sama satu ESG kepada komuniti PKS berjumlah RM2 bilion bagi transformasi ke arah ESG.

Jendela Biz mencadangkan kerajaan supaya terus menyalurkan geran berkaitan automasi dan pendigitalan kepada PKS pada kadar faedah rendah iaitu di bawah dua peratus serta meningkatkan pembiayaan untuk Geran Pembangunan Pemasaran (MDG – Marketing Development Grant).

Belanjawan 2024 sewajarnya menekankan tiga prinsip teras iaitu memupuk PKS yang berdikari, mempertingkatkan PKS dalam rantaian nilai serta merapatkan jurang pembiayaan bagi PKS yang berdaya saing.

- Advertisement -

Bagi usaha memupuk PKS yang berdikari, Jendela Biz mencadangkan peralihan bantuan PKS daripada geran langsung kepada geran padanan, pinjaman dengan faedah rendah selain jaminan pembiayaan untuk memastikan bantuan kerajaan boleh menjangkau sebanyak mungkin PKS serta menghapuskan ‘usahawan geran’ dan ketirisan geran.

Jendela Biz turut mencadangkan usaha memperkasakan persatuan perdagangan menerusi Belanjawan 2024 dengan menyediakan geran padanan untuk aktiviti persatuan. Ini supaya persatuan dapat menyediakan bimbingan, maklumat perniagaan, pautan kepada program kerajaan dan program pembinaan keupayaan.

Bagi mempertingkatkan PKS dalam rantaian nilai, Jendela Biz berpendapat keperluan bagi membina kapasiti dan keupayaan PKS untuk membekalkan syarikat antarabangsa melalui pemadanan perniagaan yang intensif dan program pembinaan kapasiti.

Jendela Biz berharap kerajaan juga boleh menggalakkan PKS melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui geran padanan sehingga RM50,000 untuk aktiviti R&D kolaboratif dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelesenan teknologi dan paten serta pengambilan tenaga kerja pekerja teknikal dan pakar.

Kerajaan harus menggalakkan PKS menambah baik reka bentuk pembungkusan mereka melalui geran padanan sehingga RM 20,000 untuk reka bentuk bahan pemasaran dan pembungkusan sekali gus menyokong ekonomi kreatif dan gig.

Kerajaan perlu membantu PKS dalam menggaji pekerja tempatan mahir melalui pembiayaan bersama dengan menaja yuran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mereka daripada kalangan keluarga B40.

Bagi merapatkan jurang pembiayaan PKS yang berdaya saing, Jendela Biz mencadangkan kerajaan menyediakan dana sebanyak RM2 bilion untuk pinjaman faedah rendah dengan had RM1 juta bagi setiap syarikat yang layak.

Dana itu digunakan bagi tujuan peralihan kepada operasi rendah karbon, termasuk pembelian jentera baharu, naik taraf kilang, yuran perundingan, kos latihan dan pensijilan.

Jendela Biz turut mencadangkan kerajaan menyediakan jaminan pinjaman sehingga RM10 bilion dengan kos jaminan dihadkan pada 0.5 peratus untuk PKS yang layak bagi tujuan peningkatan operasi dan modal kerja menerusi Belanjawan 2024.

Cabaran utama PKS mengikut pengalaman Jendela Biz dalam membangunkan perniagaan bersama mereka ialah mereka terperangkap dalam kitaran nilai rendah, margin rendah.

Berikutan itu, ketika tempoh ekonomi sukar seperti pandemik, banyak PKS terpaksa gulung tikar kerana margin yang rendah.

Oleh itu, harapan Jendela Biz adalah kerajaan dapat menangani cabaran ini dengan membantu PKS meningkatkan rantaian nilai dan menjadi lebih berdikari.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img