spot_img
spot_img

Bekas Pengasas Bersatu ke PKR dilantik CEO MRANTI

spot_img

KUALA LUMPUR (8 Okt): Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) melantik Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 9 Okt 2023.

Agensi itu berkata Rais, yang mengambil alih daripada pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan ketua pegawai komersial Khairil Anuar Sadat, membawa bersamanya pengalaman lebih 28 tahun dan rekod kepimpinan yang kukuh dalam pelbagai sektor.

- Advertisement -

Dalam peranan baharunya, Rais akan bertanggungjawab memacu visi strategik MRANTI dan menyelia operasi hariannya, katanya dalam satu kenyataan.

Ia juga berkata beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang telekomunikasi, teknologi dan keusahawanan.

“Saya komited untuk menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan organisasi sebagai pemecut teknologi dan inovasi, dan mengukuhkan ekosistem inovasi di Malaysia,” kata Rais.

- Advertisement -

Sementara itu, pengerusi Prof Dr Rofina Yasmin Othman berkata pengalaman luas Rais dan pemahaman mendalam tentang nilai teknologi dan inovasi akan memainkan peranan penting dalam mengemudi MRANTI ke arah kejayaan yang berterusan.

MRANTI ialah agensi pengkomersilan Malaysia yang mempunyai sumber untuk mempercepatkan pengkomersilan idea-idea inovatif yang akan memacu impak.

Rais Hussin merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, menyertai PKR Oktober tahun lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img