Model terbaru LAMBORGHINI yang menggantikan model Avantador akhirnya berada di Malaysia.
Ia dinamakan sempena seekor lembu jantan laga Sepanyol yang terkenal.
Bersempena dengan ulang tahun ke-60 jenama itu, ia bukan sahaja pengganti kepada Aventador, tetapi juga merupakan pengeluar kereta super mewah Itali yang pertama dengan 6.5 liter V12 hibrid plug-in HPEV (Kenderaan Elektrik Berprestasi Tinggi) tahun ini.
Digandingkan dengan tiga motor elektrik (dikuasakan oleh pek bateri kuasa khusus tinggi litium-ion (4500 W/kg) bersama transmisi klac berkembar lapan kelajuan (DCT), Revuelto 12-silinder memberikan gabungan 1,015 CV (1,001hp) output dan pecutan optimum dari sifar hingga 100kph dalam masa 2.5 saat sahaja dengan kelajuan tertinggi melebihi 350kph.
Kuasa tork elektrik diperkenalkan buat pertama kali kepada model ini kerana teknologi e-gandar (e-axle) (sistem terbaru Lamborghini Dinamica Veicolo 2.0), dan pacuan empat roda yang turut tersedia dalam mod pacuan elektrik sepenuhnya.
Hanya dua kereta V12 lain telah dilengkapi dengan kotak gear belakang melintang dalam sejarah 60 tahun Lamborghini iaitu Miura 1966 dan Essenza SCV12.
725Nm yang dihasilkan oleh enjin pembakaran dalaman dan 350Nm dari setiap motor elektrik hadapan meningkatkan penghantaran kuasa pada putaran rendah dan juga boleh menjadikan Revuelto sebagai kereta elektrik sepenuhnya.
Ini mengurangkan pelepasan CO2 keseluruhan sebanyak 30 peratus berbanding Aventador Ultimae.
(Model Aventador Ultimae)
Bateri adalah 1,550mm panjang, 301mm tinggi dan 240mm lebar dan mengandungi sel kantung dengan kapasiti keseluruhan 3.8kWj. Ia boleh dicas semula menggunakan arus ulang-alik domestik dan lajur pengecasan biasa sehingga 7kW dalam kuasa — cas semula untuk penuh kuasa elektrik ialah 30 minit sahaja.
Ia juga boleh dicas semula di bawah brek penjanaan semula dari roda hadapan atau terus dari enjin V12 dalam masa enam minit.
Penjana kuasa hibrid baharu membolehkan untuk memaksimumkan sokongan motor elektrik dan memperkenalkan tiga mod pemanduan (Caj Semula, Hibrid dan Prestasi), dan pacuan empat roda elektrik untuk sejumlah 13 pengalaman pemanduan berbeza.
Mod Citt‡ (City), Strada, Sport dan Corsa juga dilengkapi pada model Revuelto. Semua mod boleh dipilih melalui dua rotor yang terletak pada stereng yang direka bentuk semula yang diilhamkan oleh dunia perlumbaan dan pengalaman Essenza SCV12.
Kereta itu menampilkan Carbon Ceramic Brakes Plus (CCB Plus) generasi terbaru dan tayar run-flat Potenza Sport berprestasi tinggi premium atau tayar Bridgestone Blizzak LM005 yang direka khas untuk kegunaan musim sejuk.
Ia mendapat inspirasi reka bentuk aeroangkasa daripada prototaip Countach 1971, sedikit pengaruh rekabentuk Diablo, dan MurciÈlago. Arus aerodinamik hadapan telah meningkat sebanyak 33 peratus dan arus beban aerodinamik belakang meningkat sebanyak 74 peratus berbanding Aventador Ultimae (di bawah keadaan beban maksimum).
Terdapat penggunaan banyak gentian karbon (di seluruh badan, rangka dan bumbung) serta unsur mampan – cat berasaskan air dan bukannya pilihan berasaskan pelarut biasa digunakan.
Terdapat 400 warna kerja badan yang ditawarkan bersama-sama dengan lebih banyak pilihan individu (customization) yang boleh ditempah oleh bakal pembeli, memberikannya potensi paling besar untuk pilihan peribadi.
Kekuatan di seluruh bahagian dalam kereta dengan kabin dicirikan oleh kehadiran gentian karbon yang boleh dilihat di seluruh bahagian, di sepanjang bahagian dalaman yang boleh disesuaikan.
Bakal pemilik model ini boleh memilih campuran kulit yang seimbang dan mikrofiber Corsa-Tex ultralight baharu yang diperbuat daripada poliester kitar semula melalui proses pengeluaran berasaskan air, atau hanya memilih satu bahan, dengan 70 pilihan warna tersedia.
Bahagian dalamannya juga menawarkan sistem Antara Muka Mesin Manusia (HMI – Human Machine Interface) baharu sepenuhnya yang terdiri daripada tiga paparan: gugusan instrumen 12.3 inci dan paparan tengah 8.4 inci, selain paparan 9.1 inci.
Amazon Alexa, disepadukan dengan fungsi What3Words, tersedia dan membolehkan akses kepada fungsi kawalan kenderaan seperti iklim, navigasi dan media melalui arahan suara. Ia disediakan sebagai tambahan kepada fungsi Alexa standard yang berkaitan dengan hiburan dan kawalan peranti rumah pintar.
Sistem hiburan boleh dikemaskini (update) dari semasa ke semasa dengan sistem kemas kini perisian Over-the-Air bersepadu.
Sistem pengesan kenderaan Lamborghini Connect mampu mengesan penggunaan kereta yang tidak dibenarkan, memberitahu pemilik dan berkomunikasi dengan pusat operasi keselamatan 24 jam yang akan membantu pemilik menjejak kenderaan dicuri.
Menggunakan aplikasi mudah alih Lamborghini Unica, pemilik boleh sentiasa memantau status kereta, termasuk paras bahan api, cas bateri, julat elektrik dan kedudukan tepat lokasi parking.
Aplikasi ini juga membenarkan beberapa ciri kawalan jauh, seperti mengunci dan membuka kunci pintu, membunyikan hon dan mengaktifkan lampu kereta.
Satu lagi perkara pertama untuk jenama ini ialah pelaksanaan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan yang lengkap.
Revuelto dianggarkan berharga RM2.5 juta sebelum cukai dan RM6.5 juta selepas cukai. Lamborghini berkata model ini sudah habis dijual sehingga tahun 2025.