spot_img
spot_img

Kontrak NIISe RM1.12 bilion kepada syarikat Iris dibatalkan KDN serta-merta

spot_img

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan kontrak Iris Corp Bhd bernilai RM1.12 bilion untuk Sistem Imigresen Bersepadu Nasional atau NIISe berkuat kuasa serta-merta.

Ia berkata dalam makluman kepada Bursa Malaysia anak syarikat milik penuhnya, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd, yang dikontrak sebagai pemaju untuk sistem imigresen baharu itu, semalam menerima notis daripada kementerian bertarikh 10 Ogos 2023, untuk menamatkan kontrak itu.

Iris berkata ia sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguam caranya dan akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi kepentingannya dan melaksanakan hak undang-undangnya berhubung kontrak itu.

- Advertisement -

Penamatan itu dijangka memberi kesan kepada prestasi tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Mac 2024.

Isu-isu pemberian kontrak ini boleh dicapai di https://berita-tular.com/?s=niise

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img