spot_img
spot_img

Pejuang masih ‘laku’, diperlukan PN

spot_img

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mempersoalkan pendirian Perikatan Nasional (PN) yang masih mahu mendapatkan bantuan untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun sebelum ini enggan menerima parti itu menyertai gabungan berkenaan.

Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata pihaknya masih menerima undangan untuk berucap di pentas ceramah politik sekali gus membantu kempen calon PN.

Katanya, tindakan itu membuatkan dirinya hairan mengapa PEJUANG ditolak untuk menyertai PN, namun diundang membantu calon serta menjadi jentera PN.

- Advertisement -

“Nampak gayanya kami masih relevan, masih ada keupayaan untuk tarik undi Melayu,” katanya yang dipetik dari temubual bersama FMT.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan mengutuskan surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddn Yassin supaya partinya diterima sebagai anggota komponen.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Mesyuarat Majlis Tertinggi PN memutuskan untuk menolak permohonan PEJUANG untuk menjadi sebahagian komponennya sekali gus melenyapkan harapan parti itu untuk menyertai PRN.

- Advertisement -

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kedah itu berkata pihaknya mengambil pendekatan untuk berkecuali serta enggan terbabit mahupun menggerakkan jenteranya untuk berkempen bersama PN selepas kepemimpinannya memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRN enam negeri.

Tambahnya, peluang PEJUANG untuk menyertai PN dilihat cerah selepas Proklamasi Orang Melayu yang digagaskan bapanya, TunDr Mahathir Mohamad mendapat sambutan pemimpin PN termasuk Muhyiddin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang namun semuanya berakhir selepas surat yang dikemukakan Hamzah kepada partinya.

“Memang ada sedikit rasa kecewa, terkilan pun ada, kalau dah sampai tiga ke empat minggu sebelum pilihan raya, kami rasa dah terlampau terlambat. Kalau dah terlampau lewat jadi kami pun fahamlah (tidak diterima), jadi kami rasakan lebih baik berundur.

“Kami sedar diri, orang kata hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Kami pun kalah semua, hilang deposit dan kami sedar bahawa PEJUANG ini mungkin masih kecil dan baru dua tahun (ditubuhkan).

“Walaupun ada tokoh yang sudah lama berkecimpung dalam politik, tetapi kita rasakan bahawa penerimaan rakyat itu masih tidak pada tahap tinggi. Oleh sebab itu pada Mesyuarat Tahunan PEJUANG pada 14 Januari lalu kita memutuskan untuk tidak menyertai mana-mana gabungan sebagai sebuah parti komponen,” katanya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img