London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Tesla pilih Malaysia, tamparan kepada Indonesia

spot_img

Keputusan Tesla untuk menubuhkan ibu pejabat serantau di Cyberjaya, Malaysia merupakan suatu tamparan bagi Indonesia untuk menguasai industri kenderaan elektrik di rantau Asia Tenggara.

Di bawah perjanjian Tesla dengan Malaysia, Tesla akan dapat menjual kenderaan elektrik yang dibuat di giga factory Shanghai terus kepada pengguna di Malaysia tanpa sebarang wakil atau orang tengah dan bebas daripada tarif.

Ini telah merubah konsep pelaburan asing di Malaysia khususnya dan di seluruh Asia Tenggara amnya, di mana ahli perniagaan tempatan adalah wajib untuk mempunyai kedudukan yang menguntungkan pada import kenderaan. Ia juga memberikan kelebihan kepada pasaran pengguna yang mencari harga yang lebih rendah.

- Advertisement -

Perjanjian itu menandakan Tesla sebagai syarikat kenderaan pertama yang berjaya untuk mendapatkan sokongan di bawah inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri Malaysia, yang dilancarkan pada bulan Mac lalu sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai hab serantau bagi industri EV.

Pengarah Serantau Tesla Isabel Fan memberitahu media bahawa rancangan syarikat itu memilih Malaysia adalah kerana yakin kepada “dasar berpandangan ke hadapan” daripada kerajaan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, di mana beliau sendiri melakukan panggilan dengan pengasas Tesla Elon Musk baru-baru ini.

- Advertisement -

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) pasti akan berasa cemburu, kerana beliau juga pernah berhubung, malah berjumpa bertentangan mata dengan Elon Musk lebih lama.

Pentadbiran Jokowi telah bercakap dengan yakin untuk menjadikan Indonesia sebagai pusat rantaian bekalan EV di Asia, jika bukan dunia, dengan bantuan pelaburan China dalam pelaburan nikel dan loji janakuasa arang batu murah. Untuk menyokong pemacu ini, kerajaan Indonesia telah mengharamkan eksport nikel mentah dan menyokong pembangunan industri bateri EV berasaskan nikel.

(Walaupun bertemu secara peribadi, Elon Musk memilih Malaysia sebagai hub Asia Tenggara Tesla)

Di mana usaha yang dilakukan setakat ini paling ketara adalah dari segi menarik pembuat kereta untuk membina EV di Indonesia. Tesla telah menjadi sasaran utama kerajaan, dengan Jokowi secara peribadi terbang ke Texas pada Mei 2022 untuk bertemu dengan Elon Musk. Beberapa kali, pegawai Indonesia telah berkata bahawa syarikat AS itu berada di ambang mengumumkan pelaburan bernilai bilion dolar dalam bateri dan pengeluaran lain di negara itu.

Tesla tidak pernah mengesahkan rancangan sedemikian secara terbuka. Apabila tiada apa-apa yang terhasil dari lawatan Jokowi, Indonesia tetap berharap sesuatu boleh berlaku pada sidang kemuncak Kumpulan 20 di Bali November lalu, tetapi malangnya Elon Musk tidak muncul.

Susulan pengumuman Malaysia, Luhut Pandjaitan, menteri penyelaras berkuasa Indonesia untuk sumber asli, berkata bahawa kerajaannya akan mengumumkan insentif baharu untuk pengeluar EV tidak lama lagi dan beliau akan bertemu dengan Elon Musk minggu ini untuk membincangkan rancangan Tesla di Indonesia.

Indonesia kini mengenakan tarif import sebanyak 50% ke atas EV yang dipasang sepenuhnya untuk menggalakkan pelaburan pembuatan tempatan. Ada yang menjangka Jakarta akan menawarkan untuk mengetepikan cukai, seperti yang dilakukan Malaysia untuk Tesla, tetapi Indonesia sangat terikat dengan persekitaran kawal selia yang kompleks yang memberi ganjaran keutamaan kepada kepentingan tempatan dan merumitkan perjanjian dengan pelabur luar. Kerajaan juga tidak banyak membantu dalam membina stesen pengecas EV.

Sangat sedikit yang diketahui umum tentang apa yang Tesla perlukan dari Indonesia atau apa yang ditawarkan oleh negara itu, tetapi dari garis besar perjanjian Malaysia, apa yang dikehendaki oleh pembuat kereta EV itu kelihatan agak mudah di Malaysia.

Di Malaysia, Elon Musk meminta dan telah mendapat jaminan bahawa Tesla tidak perlu bekerjasama atau berkongsi keuntungan dengan rakan kongsi tempatan. Dengan import tanpa tarif, Tesla mula menjual keretanya bulan lepas di Malaysia dengan harga di bawah $50,000 (RM200,000) — atau kira-kira satu perempat daripada harga runcit di Singapura atau Indonesia. Menjadikan Tesla harga terendah di pasaran rantau ini.

Perjanjian Tesla bukan sahaja baik untuk pengguna Malaysia, tetapi kerjasama itu juga termasuk pelbagai perjanjian lain, termasuk membina rangkaian pusat perkhidmatan dan pusat pengecasan. Tesla juga wajib membuka banyak peluang pekerjaan yang baik untuk rakyat Malaysia dan satu langkah penting ke arah kemajuan pelepasan karbon (tenaga hijau) yang lebih baik untuk Malaysia.

Indonesia terkenal dengan dasar ketat yang mahukan pelabur luar mengguna komponen lokal dan yakin menegaskan bahawa dunia tidak mempunyai pilihan selain mematuhi peraturannya jika mahu akses kepada pasarannya yang mempunyai 270 juta orang, pasaran yang terbesar di Asia Tenggara.

Namun, perjanjian Elon Musk dengan Malaysia, yang hanya mempunyai kira-kira satu perlapan penduduk Indonesia, mungkin mencabar dasar Indonesia itu dan menyedarkan Jakarta kepada daya tarikan tenaga kerja Malaysia yang terlatih dan celik teknologi yang telah lama menarik minat pelabur kelas atasan.

Bagi Perdana Menteri Anwar Ibrahim, langkah Tesla memberinya kejayaan ekonomi yang penting menjelang pilihan raya penting di enam negeri di Malaysia pada 12 Ogos. Penasihatnya telah menonjolkan keberaniannya membenarkan Tesla memintas orang tengah tempatan (local dealer), yang didominasi bumiputera.

Ia menunjukkan dasar ekonomi pentadbiran Anwar yang mesra pelabur.

Tetapi Jakarta masih belum terlambat. Walaupun Malaysia mungkin telah menjadi ibu pejabat Tesla di Asia Tenggara dan beberapa pusat perkhidmatan dan jualan, ganjaran sebenar yang masih boleh direbut di Asia Tenggara ialah kilang kereta Tesla, yang mungkin juga siap dengan kilang bateri. Jokowi dan para menterinya masih mempunyai peluang untuk merebutnya, termasuk juga Malaysia.

 

 

Artikel dari A. Lin Neumann ialah pengarah urusan Dewan Perniagaan Amerika di Indonesia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img