KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berisiko untuk hilang kepercayaan di dalam partinya dan juga sebagai Timbalan Perdana Menteri jika keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti menyaksikan UMNO gagal memenangi kerusi yang diwakilinya.
Kajian Berita Tular masih terdapat peratusan besar ahli UMNO dan juga orang Melayu yang berharap untuk UMNO bangkit semula dan sangat memerlukan kepemimpinan muda dan berkaliber.
Zaman ‘otai’ atau orang lama dalam parti sudah berlalu, UMNO harus diberikan kepada pemimpin baharu untuk menerajuinya. Pemimpin lama harus membuka jalan, memberi peluang kepada generasi kepimpinan baharu yang segar serta tiada liabiliti politik, dan seterusnya pemimpin yang lama berjasa perlu berundur dengan cara terhormat.
Antara lain penolakan terhadap PH akan berlaku ialah seperti manifesto yang tidak tertunai, ketiadaan subsidi elektrik bagi golongan M40 selain inflasi yang memburukkan harga barangan pengguna termasuk BLR pinjaman bank makin tinggi. Semua ini membuatkan rakyat tidak berpuas hati dengan Kerajaan Perpaduan.
PRN 6 negeri ini sangat penting kepada PH-BN kerana jika UMNO tidak berjaya mewakili suara Melayu dengan banyak, ini bermakna kestabilan politik negara akan menjadi masih tidak menentu. Ini kerana parti pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) tidak mampu mewakili suara bukan Melayu dengan majoriti. Maka ‘peperangan’ politik perkauman akan berterusan sehingga PRU16 kelak. Secara tidak langsung akan mengganggu pertumbuhan ekonomi serta kemasukan pelaburan asing.