GEORGE TOWN, 25 Julai — Calon baharu dipilih berbanding senarai penyandang ADUN sedia ada bukan fenomena luar biasa dalam pilihan raya, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan calon partinya untuk pilihan raya negeri Pulau Pinang yang akan berlangsung pada 12 Ogos.
Loke berkata demikian semasa majlis pengumuman senarai calon DAP bagi Kedah dan Pulau Pinang semalam.
“Akan ada muka baharu, ada bekas calon akan bersara dan ada yang akan digugurkan, ini adalah proses biasa dalam mana-mana pilihan raya,” katanya.
Memandangkan ia adalah keputusan yang telah dimuktamadkan oleh kepimpinan parti, Loke berkata beliau berharap semua orang akan menerimanya.
Beliau menyeru semua ahli parti supaya menyokong calon yang dipilih sepanjang tempoh berkempen menjelang pilihan raya negeri.
Loke mengingatkan ahli parti bahawa kejayaan calon akan mewakili kemenangan untuk parti dan Pakatan Harapan.
“Tidak ada yang namanya kemenangan peribadi kerana kemenangan dalam pilihan raya adalah kemenangan untuk parti dan PH secara keseluruhannya,” katanya.
Beliau menasihatkan calon yang terpilih supaya kekal merendah diri semasa berkempen kerana mereka memikul tanggungjawab besar untuk mewakili DAP dan PH.
“Saya ingin menyeru semua jentera pilihan raya untuk bersatu supaya kita dapat mempertahankan dan memenangi kesemua 19 kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya ini,” katanya.
Beliau berkata DAP telah mengekalkan kesemua 19 kerusi di Pulau Pinang sejak 2008, dan berharap parti itu akan terus mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya negeri ini.
Lima bekas exco negeri digugurkan dan tujuh muka baharu diletakkan mengesahkan penularan akan perkara itu baru-baru ini. Namun Loke berkata pemilihan calon DAP adalah telus, kerana itu ia ‘tersebar’ awal sebelum pengunguman rasmi.
Lima exco negeri yang digugurkan ialah bekas timbalan ketua menteri II P. Ramasamy, Ketua Wanita DAP Chong Eng (exco pembangunan sosial sementara dan hal ehwal agama bukan Islam), Phee Boon Poh (kebajikan dan masyarakat penyayang), Yeoh Soon Hin (pelancongan, seni dan budaya), dan Soon Lip Chee (belia dan sukan).
Bagaimanapun, Loke mengumumkan bahawa beliau akan mencadangkan Yeoh untuk dinamakan sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
Tujuh muka baharu itu ialah Phee Syn Tze yang akan bertanding di Sungai Puyu, Chee Yeeh Keen (Bagan Jermal), K.Krishnan (Bagan Dalam), S. Sundarajoo (Perai), Woo Sze Zeng (Pulau Tikus), Wong Yee Harng (Pengkalan Kota), Tan Hooi Peng (Seri Delima) dan Wong Hon Wai (Paya Terubong).
Wong Hon Wai dahulunya ADUN Air Itam dan exco negeri antara 2008 dan 2013. Beliau adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera antara 2018 dan 2022.
Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng akan terus mempertahankan kerusi DUN Air Putih yang disandangnya sejak 2008.
Bekas ADUN Pengkalan Kota Daniel Gooi Zi Sen akan bertanding di Padang Lalang kali ini, mengambil alih jawatan Chong.
Sementara itu, calon baharu Phee Syn Tze akan mempertahankan kerusi bapanya, Phee Boon Poh, Sungai Puyu.
Bagi calon DAP di Kedah, Loke mengumumkan Teh Swee Leong akan bertanding di Kota Darul Aman dan Tan Kok Yew di Derga.
Loke berkata pilihan raya negeri ini akan menentukan hala tuju masa depan Pulau Pinang dan Malaysia untuk beberapa tahun akan datang.
“Misi kerajaan perpaduan PH adalah untuk mengekalkan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri ini tetapi jika boleh, kita mahu memenangi dua lagi negeri,” katanya.
Beliau berkata jika mereka dapat mencapai keputusan yang baik dalam pilihan raya negeri, hala tuju politik negara akan lebih stabil pada tahun-tahun akan datang.