spot_img
spot_img

Cina baba nyonya lebih ke’Malaysia’an dari Cina sekarang

spot_img

Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini menzahirkan rasa bimbang tentang perpisahan kaum yang sedang berlaku di Malaysia sekarang berbanding di waktu sebelum kemerdekaan.

Di dalam catatan sosial medianya hari ini, negarawan itu mengimbau kembali waktu zaman persekolahannya di Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar pada tahun 1930-an lalu, di mana beliau mempunyai rakan sekelas saya terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat Melayu, Cina, India, Eurasia dan Sikh.

Beliau juga mempunyai persahabatan yang erat dengan rakan sekolahnya yang merupakan anak kepada Bendahari Negeri Kedah, Encik Lee Ewe Boon ketika itu. Tun Dr Mahathir memuji kaum Cina di era itu di mana mereka sangat mahir berbahasa Melayu dan boleh menulis serta membaca tulisan jawi.

- Advertisement -

Tetapi kini menurut beliau ia sudah berubah sama sekali di mana kaum Cina tidak lagi bergaul di sekolah kebangsaan seperti dahulu.

Imbau Tun Dr Mahathir lagi, kaum Cina ketika itu digelar baba dan nyonya di mana mereka mengasimilisasikan kehidupan mereka sama seperti orang Melayu. Wanita mereka memakai kain sarung dan kebaya labuh. Lelaki Cina juga tidak lagi mempunyai kuncir (tocang).

Tun Dr Mahathir menyalahkan British kerana membawa masuk ramai pendatang dari India dan China ketika menjajah Singapura dan Pulau Pinang. Kehadiran warga Cina yang di bawa masuk British ini dengan banyak telah menenggelamkan budaya Baba Nyonya yang sedia pada ketika itu.

- Advertisement -

Ini kerana apabila kaum Cina menjadi ramai, mereka memilih untuk kekal ‘sangat Cina’ menurut Tun Dr Mahathir. Sehinggakan mereka bercakap dialek Cina, tinggal di dalam komuniti mereka sahaja. Fokus kaum pendatang Cina ketika itu hanya berniaga secara agresif dan mereka berjaya, kata Tun Dr Mahathir.

Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata lagi, kaum pendatang Cina era penjajah berpaksikan politik mereka ke arah Tanah Besar China. Mereka menyokong gerakan menggulingkan dinasti Manchu di China oleh Sun Yat-sen pada ketika itu.

Kaun pendatang Cina yang baru ini mempunyai pengaruh dan banyak wang sehingga mereka juga memujuk kaum Baba dan Nyonya supaya menjadi Cina semula, berbahasa Cina dan berbudaya Cina seperti negara asal.

Tun Dr Mahathir memberi gambaran adalah lebih baik jika Malaysia menjadi seperti negara Indonesia, Thailand, Filipina, Amerika Syarikat dan Australia di mana kaum pendatang Cina tidak menggelar diri mereka sebagai Cina Indonesia, Cina Filipina, Cina Thai, Cina Amerika atau Cina Australia, tetapi hanya menyebut negara yang mereka diami itu sahaja.

Bukan itu sahaja, Tun Dr Mahathir memberi gambaran negara ini akan lebih harmoni jika budaya baba nyonya kekal hingga hari ini. Mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan dan bergaul dengan Melayu dan Bumiputera.

Jika ini terjadi, negarawan yang berusia 98 tahun itu yakin bahawa akan tiada politik perkauman di Malaysia seperti apa yang rakyat saksikan kini.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img