spot_img
spot_img

Tony Fernandes tinggal QPR

spot_img

Pemegang saham majoriti kelab bolasepak England, Queen Park Rangers (QPR), Tony Fernandes telah mengumumkan beliau meninggalkan kelab.

Dalam kenyataan kelab itu, Fernandes, yang membeli QPR bersama Ruben Gnanalingam, anak taikun Westport yang baru meninggal dunia dan Kamarudin Meranun, salah seorang pengasas Air Asia pada tahun 2011, telah memutuskan untuk menjual keseluruhan pegangan sahamnya untuk fokus kepada perniagaan yang lain.

- Advertisement -

(Ruben Gnalingam kiri dan Kamaruddin Meranun)

Fernandes adalah pengerusi kelab itu dari 2011 hingga 2018, di mana QPR telah dua kali diturunkan daripada Liga Perdana.

Usahawan Malaysia itu berkata: “Penglibatan saya dengan QPR telah menjadi satu tempoh yang luar biasa dalam tempoh yang tinggi dan rendah (berjaya dan tidak).

- Advertisement -

“Di atas padang, terdapat kemenangan istimewa dan merupakan satu penghormatan untuk berada di sana dan melihat kami memenangi promosi ke Liga Perdana di Stadium Wembley.

“Di luar padang, reputasi QPR sebagai kelab komuniti sejati adalah sesuatu yang saya banggakan.

Beliau berkata dirinya adalah seorang yang bersemangat namun pengalaman manis dan juga pahit tidak akan dilupakannya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat kelab yang bersama dengannya selama ini dan mendoakan selamat maju jaya kepada kelab tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img