Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

PRN : Peluang cerah PAS kekal tadbir Terengganu

spot_img

BAHANG pilihan raya negeri (PRN) semakin panas di mana suhu politik negara kembali hangat terutama golongan pemimpin dan tidak kurang juga dalam kalangan masyarakat. Terdapat pemimpin dan penganalisis politik tertentu yang membuat jangkaan Terengganu akan bertukar tangan kepada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dalam PRN pada 12 Ogos ini. Beberapa perkara yang diperkatakan dan selalu diungkapkan bagi menyokong jangkaan ini ialah Terengganu sebuah swing state, majoriti undi Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak banyak dan penguasaan gabungan PH-BN di peringkat Pusat memberi mereka kelebihan di peringkat negeri.

Pola kecenderungan politik di Terengganu sejak merdeka berubah-ubah dan tidak tetap. Pas telah diberi peluang sepenggal sahaja memerintah Terengganu. Selain hampir dua tahun dari 1959 ke 1961, Pas hanya memerintah Terengganu dari 1999 ke 2004 dan dari 2018 ke sekarang.

Jika diimbau PRU14 di mana Pas mendapat 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), ada sebahagian penganalisis mengatakan parti itu bakal mendapat tentangan sengit pada PRU15 berikutan beberapa kerusi yang mempunyai majoriti agak kecil.

- Advertisement -

Tujuh kerusi dimenangi Pas dalam PRU14 juga mempunyai majoriti kecil, iaitu Ajil (4), Jabi (55), Ladang (363) , Pengkalan Berangan (490), Air Putih (746), Kuala Berang (1,070) dan Kota Putera (1,181).

Melalui pakatan PH-BN di peringkat Pusat, kekuatan kedua-duanya bila disatukan undi-undi mereka dalam PRU14 dikatakan akan mampu memberi gambaran berlainan dengan PRU14, malah PH-BN juga mempunyai kelebihan sebagai kerajaan Pusat.

Kelebihan-kelebihan ini perlu juga ditimbang dengan kelebihan dimiliki Perikatan Nasional (PN) ketika ini. Perkembangan politik di Terengganu sebenarnya tidaklah semudah diperkatakan. Rakyat Terengganu jauh lebih rencam sifat berbanding rumusan mudah yang boleh dibuat ke atas diri mereka.

- Advertisement -

Apabila diimbau kembali proses pertukaran kerajaan negeri Terengganu spesifiknya di bawah pemerintahan Pas pada 1961 dan 2004, situasi dan sentimen ketika itu berbeza dengan PRN akan datang ini di mana berlaku lompat parti dan sentimen nasional.

Selepas PRU 2018, proses dan naratif politik perdana sudah jauh berbeza dari sebelumnya ekoran banyak perkembangan politik dalam negara telah berubah termasuk kemasukan Undi18 yang mengubah demografi pengundi.

Namun bagi PRN kali ini, cerminan keputusan PRU15 pada 19 November 2022 masih mampu untuk memberi gambaran pada PRN akan datang ini kerana ia merangkumi Undi18 dan lebih bersifat semasa.

Menarik untuk dikaji, meskipun Pas hanya mendapat 22 kerusi DUN di mana beberapa kerusi itu hanya majoriti kecil, PRU15 memberi kejutan di mana Pas-PN menyapu bersih kesemua lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

PN jika dibandingkan dengan PH-BN yang baru mengadakan pakatan telah menandingi dari sudut jumlah undi yang diperoleh meskipun undi PH-BN dicampurkan.

MANIFESTO

Undi Pas-PN mengatasi campuran undi PH-BN sebanyak 14,327 di Parlimen Besut, Parlimen Setiu (16,907), Parlimen Kuala Nerus (26,057), Parlimen Kuala Terengganu (29,961), Parlimen Marang (37,589), Parlimen Hulu Terengganu (13,994), Parlimen Dungun (28,798) dan Parlimen Kemaman (18,839).

Tambahan pula, rekod baik yang diterjemahkan pimpinan kerajaan negeri Terengganu sekarang mampu menjadi satu kelebihan bagi PN untuk menghadapi PRN.

Walaupun masih ada kritikan di sana sini, kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak mempunyai sebarang isu besar. Beliau daripada golongan teknokrat, pakar aeroangkasa dengan doktor falsafah dari University of Leeds, United Kingdom.

Ahmad Samsuri umumnya disenangi kawan dan lawan kerana peribadinya mesra rakyat, ketinggian ilmu, sijil pendidikan dan profesionalisme yang beliau tunjukkan dalam melaksanakan tanggungjawab serta ketiadaan isu-isu sensitif seperti skandal atau rasuah.

Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan negeri mempunyai hubungan baik dengan Istana Terengganu, malah setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Ahmad Samsuri menjalinkan hubungan mesra dengan kerajaan Pusat walau berbeza aliran politik.

Prestasi kerajaan negeri terbukti bila pada 27 Jun lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan Terengganu merekodkan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM37.3 bilion pada 2022, iaitu meningkat 5.9 peratus berbanding 3.7 peratus pada 2021.

Kadar 5.9 peratus ini juga adalah antara yang tertinggi pernah dicapai oleh Terengganu dalam tempoh 15 tahun dan merupakan prestasi membanggakan setelah ekonomi global menghadapi dua krisis besar, iaitu pandemik Covid-19 dan perang Ukraine-Russia.

Mengharungi kesan daripada kedua-dua krisis sepanjang 2020 hingga 2022, prestasi ini menunjukkan ekonomi Terengganu berjaya memulih dan bertumbuh dengan kukuh. Pertumbuhan subsektor-subsektor mencerminkan keyakinan pelabur dan masyarakat terhadap negeri itu.

Jika diukur dari sudut penunaian manifesto juga, 20 tawaran dalam Manifesto Pas Terengganu semuanya sudah ditunaikan oleh kerajaan negeri. Contohnya, memperuntukkan sejumlah RM56.5 juta untuk mengecualikan cukai pintu rumah kediaman.

Oleh sebab demikian, PH-BN berhadapan cabaran besar dalam PRN Terengganu kali ini rentetan prestasi cemerlang PN dalam beberapa aspek meskipun wujud kebarangkalian mampu memberikan kejutan melihatkan kepada beberapa kelebihan di pihak mereka di peringkat Pusat.

Apa pun, PN dan juga PH-BN harus memainkan tanggungjawab mereka sebaik mungkin dan menjalankan kempen dengan matang dan tenang tanpa menimbulkan huru-hara. Lebih penting lagi, semua pihak harus menjaga sensitiviti dan perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat.

 

 

Dr. Nur Ayuni Mohd. Isa ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Turut disiarkan di Utusan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img