Johor Bahru 5 Jul : Agihan dan nisbah pembangunan sehingga sekarang di negara ini secara puratanya adalah sederhana.
Negara dilihat masih mampu mengekalkan agihan kehidupan masa depan untuk generasi baru dalam mengekalkan budaya, gaya hidup serta ekosistem alam semula jadi yang baik, menurut aktivis masyarakat di Johor Bahru, saudara Lockhman bin Abu.
(Aktivis masyarakat dan komuniti Johor Bharu – Lockhman Abu)
Beliau mengulas komentar pendapat editorial Berita Tular hari ini berkenaan pola pengundian di negeri-negeri yang terlibat dalam PRN yang akan datang.
Menurutnya pembangunan haruslah seimbang serta tidak drastik sehingga generasi muda (remaja) hilang pedoman kemanusian mahupun pegangan agama rentetan jika jauh ketinggalan arus pembangunan yang laju.
Lockhman tidak melihat kemunduran pembangunan di negeri-negeri majoriti penduduk Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah yang perlahan itu merupakan perkara yang negatif. Ia sebenarnya memberikan nisbah pembangunan yang tidak ‘gelojoh’ menurut beliau, serta boleh menyediakan industri yang lebih penting dan bersesuaian untuk rakyat setempat seperti pertanian moden. Disamping alam semulajadi yang kaya di negeri-negeri ini, ia sebenarnya boleh menjadi keimbangan untuk keperluan riadah warga metropolitan di dalam negara.
Sebagai contoh, kerajaan Kedah telah memulakan penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun pada musim penanaman November-Disember 2022 yang melibatkan keluasan sebanyak 1,240 hektar sawah, bagi mencapai visi negeri itu yang mahu menjadikan penanaman lima kali dalam dua  tahun ini menjadi kenyataan.
(Dengan teknologi pertanian moden, Menteri Besar Kedah yakin ia dapat membantu negara melangkah ke hadapan, khususnya dalam jaminan keselamatan makanan)
Dalam situasi semasa jelas Lockhman, rakyat sedang mengalami impak pembangunan drastik akibat agihan ekonomi yang tidak setara dengan taraf hidup, kurangnya pembangunan modal insan, pendapatan rakyat yang masih rendah untuk menjadi sebagai sebuah negara maju dan kuasa bekalan bahan mentah yang mahal serta kuasa membeli  yang rendah telah merencatkan aktiviti ekonomi golongan majoriti rakyat.
Lockhman juga memberikan contoh akan negerinya, Johor di mana keluasan kawasan industri di Malaysia amat luas berbanding di Singapura tetapi Malaysia masih gagal meraih pendapatan dari hasil industri sejak sekian lama berbanding Singapura yang hanya miliki kawasan perindustrian yang kecil tetapi mampu menyediakan ratusan ribu peluang pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi serta kemajuan ekonomi untuk penduduknya.
Jadi beliau menyarankan agar pihak kerajaan mahupun swasta perlu fokus dalam mempertingkatkan kaedah produksi, infrastruktur dikawasan perindustrian yang sedia ada supaya dapat beroperasi seoptimum mungkin berbanding dari membina pembangunan yang baru, yang drastik tetapi tidak ekonomik.
Menurut beliau lagi, inilah sepatutnya yang perlu dilakukan oleh kerajaan yang memerintah supaya rakyat dapat merasi manfaat ekonomi yang potensi.
Lockhman sendiri mengakui sebagai anak Johor Bharu, beliau melihat ramai di antara mereka yang bekerja di Singapura yang umumnya berasal dari Malaysia mampu memiliki rumah di Malaysia dengan mudah, dan berasa murah dalam masa yang singkat serta mampu merancang kehidupan yang lebih baik di masa tua. Berbanding dengan mereka yang mempunyai pekerjaan – upah yang rendah dan kos sara hidup di Malaysia yang ketara menyulitkan.
Jadi pembangunan itu perlu seiring dan wajar mengikut spesifikasi setempat di dalam memastikan pulangannya boleh memberi banyak kelebihan kepada majoriti rakyat setempat.