spot_img
spot_img

Pelaburan Johor tertinggi ekoran kestabilan politik yang kecapinya

spot_img

JOHOR BAHRU: Faktor kestabilan politik membolehkan negeri ini merekod kemasukan pelaburan asing tertinggi di negara tahun lalu, iaitu sebanyak RM70.6 bilion.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, Johor merupakan satu-satunya negeri yang stabil daripada sudut politik ketika ini selepas pilihan raya negeri lalu. Jadi Johor mudah untuk menggariskan perancangan jelas bagi pembangunan negeri.

Menurut beliau lagi, melalui inisiatif Maju Johor kerajaan negeri memberi tumpuan dalam enam teras utama, iaitu Tadbir Urus Kerajaan, Pembangunan Ekonomi, Jaringan Keselamatan Sosial, Kemudahan dan Keperluan Asas, Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar dan Orang Muda Johor.

- Advertisement -

Beliau ditemui pemberita di ‘Johor Business and Investment Forum’, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han.

Onn Hafiz berkata, antara faktor lain ialah kos yang murah bagi menjalankan perniagaan di Johor berbanding di Kuala Lumpur dan 70 peratus lebih murah daripada Singapura.

Sementara itu, Ting Han memberitahu, Johor yakin akan dapat mengulangi prestasi pelaburan direkodkan tahun lalu apabila menjadi negeri kedua tertinggi dengan kemasukan pelaburan asing bagi suku pertama tahun ini, iaitu sebanyak RM10.6 bilion.

- Advertisement -

“Maklum balas daripada pelabur asing adalah mereka yakin menjalankan perniagaan di negeri ini kerana kestabilan politik sekarang. Ini kerana banyak perkara, khususnya melibatkan tanah dan kebenaran merancang adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Tempoh diperlukan bagi membuat sesuatu pelaburan baharu juga penting kerana mereka bimbang sekiranya ada pertukaran polisi jika politik tempatan tidak stabil seperti yang berlaku pada tahun 2018. Itu komen yang kita terima daripada pelabur asing,” jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img