spot_img
spot_img

Tenaga dan semangat, faktor jadi billionaire termuda

spot_img

Mungkin sukar untuk mempercayai bahawa Austin Russell, menjadi billionaire dengan usaha sendiri, bukan warisi dari keluarga dan billionaire termuda di dunia, mempunyai persamaan dengan belia seusianya, serta menegaskan semua para belia di usianya mempunyai ciri-ciri untuk berjaya.

Russell, 28, mempunyai anggaran nilai bersih kekayaan $1.6 bilion, kerana prestasi syarikat start up teknologinya yang berpangkalan di Orlando, Florida, Luminar Technologies, yang kini mempunyai nilai pasaran $2.4 bilion. Syarikat itu, yang diasaskan Russell 11 tahun lalu di mana dia masih lagi seorang remaja ketika itu, membangunkan perkakasan dan perisian yang bertujuan untuk menggerakkan kereta pandu sendiri.

Namun, amat sangat sedikit remaja — atau mereka yang berumur 20-an atau 30-an, dalam bidang ini — boleh melancarkan dan konsisten dalam jenis perniagaan ini. Thiel Fellowship membantu dana permulaan dengan memberikan Russell $100,000 untuk berhenti daripada Universiti Stanford dan membangunkan syarikatnya sepenuh masa.

- Advertisement -

Tetapi daripada memberi tumpuan kepada kepakaran teknologi atau kepintaran perniagaan, Russell menghargai perjalanannya setakat ini kepada dua sifat yang biasa di kalangan generasi muda iaitu tenaga dan semangat.

“Orang yang berumur 20-an mempunyai banyak tenaga yang hebat,” kata Russell kepada rancangan CNBC Make It. “Mereka menyalurkan banyak keghairahan [dalam] perkara yang dilakukannya. Saya mungkin telah menggunakannya seoptimum mungkin dan itu sangat bermakna (membuahkan hasil).”

Tinjauan SAP 2020 terhadap 10,000 orang mendapati bahawa golongan milenium lebih bersemangat daripada golongan baby boomer (lahir 60-an) dan Gen Xers (lahir 80, 90an). Satu-satunya kumpulan di hadapan mereka, pada masa ini, ialah Gen Z — yang mungkin akan diatasi oleh generasi akan datang.

- Advertisement -

“Saya seperti berumur 16, 17 tahun di mana saya berkata … ‘Saya mempunyai visi untuk mencipta sistem laser jenis baharu yang akan membolehkan kereta boleh memandu sendiri. Dan kami akan menewaskan Google di sektor ini, dan semua pembuat kereta utama, pada usaha pembangunan mereka yang akan mereka lakukan dalam sektor ini,’” Russell memberitahu Forbes pada 2021, mengimbas kembali bidang dan pulangan yang dia berikan kepada pelabur semasa remaja .

Hari ini, Luminar mempunyai ratusan pekerja. Kereta anda mungkin akan mempunyai teknologinya tidak lama lagi, jika anda memandu Mercedes-Benz atau Volvo. Membina syarikat sedemikian memerlukan lebih daripada sekadar semangat dan tenaga, dan Russell bersetuju.

“Saya rasa, saya memang menghafal jadual berkala – saya rasa saya berumur sekitar 2 tahun atau lebih,” katanya kepada CNBC Make It pada 2018. “Saya menjadi sangat bersemangat dengan mempelajari perkara-perkara tertentu … boleh belajar secara bebas dan memahami banyak perkara baru dakam bidang saintifik.”

Tetapi Russell mungkin tidak mengasah kemahiran teknikal dan perniagaannya – daripada pengekodan kepada pemasaran – tanpa memanfaatkan dorongan itu pada usia muda. Dia berharap untuk mengekalkan momentumnya selagi dia boleh, katanya – walaupun usianya meningkat, dan tenaga serta semangatnya mungkin berpotensi pudar.

“Saya fikir ramai orang berusia 20-an dan 30-an mempunyai fikiran yang lebih terbuka kepada dunia,” katanya. “Dan kemudian ia hanya merasakan, dari masa ke masa, ia hanya akan tertutup, atau orang ramai terlalu terikut-ikut orang lain di dalam melakukan sesuatu. Banyak kali terjadi, kita hanya perlu mendekati (menyelesaikan) masalah dari perspektif yang baru.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img