spot_img
spot_img

Malaysia import RM1b ternakan hidup

spot_img

PUTRAJAYA: Malaysia mengimport ternakan hidup bernilai RM737.01 juta atau hampir mencecah RM1 bilion bagi menampung keperluan negara ini sepanjang tempoh lima tahun sejak 2018 hingga tahun lalu.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berkata, jumlah itu meliputi keseluruhan 378,915 ekor lembu pembiakan, lembu penyembelihan, bebiri hidup dan kambing hidup.

Daripada jumlah itu katanya, ternakan lembu penyembelihan yang dimport direkodkan tinggi iaitu melibatkan 140,570 ekor dengan nilai RM510.62 juta.

- Advertisement -

Jelas JPV, bagi keperluan ibadah korban pada tahun ini, permintaan ternakan meningkat dengan anggaran sebanyak 46,027 ekor lembu atau kerbau dan 22,194 ekor kambing atau bebiri diperlukan.

“Jumlah itu lebih tinggi berbanding 38,265 ekor lembu manakala kambing atau bebiri sebanyak 21,707 ekor untuk tahun lalu,” katanya di baru-baru ini

Menurut JPV, jumlah pengeluaran hasil ternakan di negara ini bagi 2021 adalah sebanyak 36,800.6 metrik tan bagi daging lembu atau kerbau selain 3,502.5 metrik tan bagi daging kambing atau bebiri.

- Advertisement -

Katanya, jumlah kebenaran import adalah bergantung kepada keperluan pihak industri.

“JPV tidak terlibat dalam menentukan harga jualan ternakan di pasaran. Ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN),” katanya.

Mengikut pasaran tempatan, harga lembu ketika ini sudah mencecah sehingga RM6,000 seekor berbanding tahun lalu, RM5,200.

Justeru, kadar kenaikan harga korban ternakan antara 35 hingga 40 peratus dengan satu bahagian korban antara RM750 hingga RM850.

Mengulas mengenai kebergantungan negara kepada ternakan import, Presiden Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, masalah kekurangan dan keperluan lembu korban sudah lama dibangkitkan.

Katanya, keadaan ini menye­babkan pengaliran wang keluar negara untuk memenuhi keper­luan daging negara dan kos pelaksanaan ibadat korban yang murah berbanding di negara ini.

“Dalam keadaan ekonomi negara sekarang sudah tentu terasa sedikit tertekan. Perbagai cadangan dan usaha dikemukakan mengikut kepakaran tertentu.

“Pakar ruminan daging per­lu buat kajian dan strategi tin­dakan segera berhubung keupayaan menternak dalam negara, kos, teknologi dan pengusaha, tambahan lagi apabila negara berdepan dengan isu keterjaminan makanan,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan diseru melihat perkara ini se­gera sekurang-kurangnya da­pat mengurangkan kebergantu­ngan kepada sumber daging luar negara dan menjamin keterjaminan makanan negara serta mengurangkan pengaliran wang keluar negara.

Dalam pada itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Anjas Asmara Samsudin pula berkata, kadar sara diri (SSL) ternakan lembu dan kerbau pedaging tempatan pada tahun 2021 adalah sekitar 18.9 peratus.

Kerajaan melalui Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) meletakkan sasaran SSL industri ternakan lembu ini sebanyak 50 peratus pengeluaran tempatan menjelang tahun 2025.

Katanya, ia merupakan satu jumlah yang agak besar dan memerlukan sinergi serta penglibatan semua pihak meliputi agensi kerajaan dan pemegang taruh berkaitan.

Beliau yang juga Setiausaha, Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara menjelaskan, terdapat beberapa isu utama menghalang industri ternakan lembu ini daripada terus berdaya saing antaranya isu kualiti makanan asas ternakan ini seperti rumput ragut yang mempunyai kandungan nutrisi agak rendah.

“Harga dedak yang kian melambung disebabkan bahan mentah seperti jagung dan kacang soya diimport meningkatkan lagi kos operasi ternakan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img