Isu kewarganegaraan membabitkan rakyat negara ini dilihat semakin meruncing dan akan memberi pelbagai kesan jika tidak ditangani dengan segera.
iarpun dilahirkan di Malaysia, namun golongan ini terpaksa menjalani kehidupan membebankan.
Menurut laporan Kosmo! baru baru ini, Angeline May Soon, 17, yang juga pelapis sukan renang tidak
dapat meneruskan cita-cita mewakili negara biarpun mempunyai potensi besar.
Bukan itu sahaja, kecemerlangan Angeline dalam pelajaran tidak memberi jaminan kerana adalah mustahil untuk dia mendapatkan kerja berikutan tiada kad pengenalan iaitu MyKad.
Kerakyatan Angeline dinafikan apabila bapanya yang merupakan warganegara Malaysia gagal mendaftarkan perkahwinan dengan wanita Indonesia.
Namun, usaha Angeline untuk mendapatkan status warganegara menjadi rumit selepas ibunya dipercayai pulang ke negara asal.

“Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia perlu menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji pemberian hak sementara dan bersyarat untuk bekerja bagi individu tanpa kerakyatan semasa pindaan Perlembagaan Persekutuan sedang dijalankan,” ujarnya.
Sebelum ini, pada sidang Parlimen baru-baru ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan merangkumi lapan cadangan akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 12 Julai ini.
Justeru, perkara tersebut diharap dapat memberikan harapan baharu selain menyelesaikan sebahagian masalah kewarganegaraan yang dihadapi oleh ribuan rakyat ketika ini.
Sumber : Kosmo