spot_img
spot_img

MITI peruntuk RM20 juta bantu PKS melalui skim peluang ke 2

spot_img

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memperuntukkan RM20 juta bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui skim Pembiayaan Peluang Kedua (2CF).

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, skim pembiayaan yang diuruskan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) itu bertujuan membantu PKS dalam berhadapan cabaran dan kesulitan kewangan.

Menurut beliau, melalui skim tersebut PKS akan diberikan akses  bantuan pembiayaan, khidmat nasihat dan panduan perniagaan bagi merangsang pertumbuhan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan.

- Advertisement -

Katanya, MIDF bakal menyediakan pembiayaan antara RM50,000 sehingga RM5 juta bagi PKS yang terpilih dan membantu sebanyak mungkin syarikat yang layak.

“Skim 2CF ini berfungsi sebagai `talian hayat’ bagi PKS terpilih dengan menawarkan penyelesaian yang amat diperlukan untuk menangani halangan kewangan dan memanfaatkan peluang baharu.

“Dengan menerima bantuan kewangan melalui skim 2CF, PKS akan mempunyai cara untuk memulih dan mengekalkan perniagaan, seterusnya melabur dalam operasi, meningkatkan daya saing dan mengembangkan jangkauan pasaran.

- Advertisement -

“Suntikan dana ini juga akan dapat membantu mereka mengatasi kekangan aliran tunai, mendapatkan sumber yang diperlukan untuk kesinambungan perniagaan dan menyelesaikan hutang tertunggak,” katanya pada Majlis Pelancaran Skim 2CF di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan melalui agensi di bawah MITI, mengiktiraf kesan mendalam faktor luaran terhadap perniagaan dan mengakui bahawa syarikat yang diurus dengan baik juga berisiko berhadapan keadaan luar biasa dan di luar kawalan mereka.

Ujar beliau, bagi menyokong PKS tempatan dan mengukuhkan peranan mereka dalam ekonomi, kerajaan komited menangani cabaran seperti akses kepada pembiayaan, pembangunan perniagaan dan persaingan.

“Dengan menyediakan sumber dan inisiatif pembiayaan alternatif seperti skim 2CF ini, kerajaan menyasarkan untuk memperkasa PKS melalui agensi seperti MIDF.

“Ia bukan sahaja memudahkan pemulihan dan memastikan mereka bertahan tetapi turut menggalakkan inovasi, pemeliharaan pekerjaan dan kestabilan ekonomi secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Wardini Mokhzani berkata, MIDF berdiri sebagai sebuah organisasi yang komited untuk menyokong usaha kerajaan dalam  membantu syarikat Malaysia sama ada besar atau kecil.

“Memang tidak mudah menjadi seorang usahawan kerana kadangkala di sebalik semua  perancangan dan usaha, mereka masih menghadapi masalah kewangan.

“Dengan dana ini, kami memberi peluang kedua kepada usahawan yang perniagaannya masih berdaya maju dan kami juga boleh menyediakan pembiayaan kepada orang lain yang mampu untuk  memperoleh perniagaan supaya ia dapat diteruskan, walaupun di bawah pemilik baharu,” katanya.

 

Foto : Hmetro


 

Lengkapkan perniagaan anda dengan pendigitalan menyeluruh melalui Jendela Biz dan layak menyertai inisiatif kerajaan di atas. Cepat dan terbukti. 

Hubungi melalui whatsapp 0124216051 <taip Inisiatif Kedua> atau email ke support@jendela.biz <tajuk : Inisiatif Kedua>

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img