spot_img
spot_img

Muhyiddin tetap mahukan Azmin bertanding di Selangor, PAS Kelantan mahu urus RM125 bilion hasil bumi

spot_img

SHAH ALAM: Penampilan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor dan persoalan sama ada beliau akan dicalonkan sebagai Menteri Besar lagi sekali bukan perkara penting buat masa ini.

Pengerusinya Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun persoalan tersebut akan terjawab jika bekas Menteri Besar Selangor itu bersetuju untuk bertanding di PRN Selangor.

“Sama ada Azmin Ali menjadi calon Menteri Besar Selangor atau tidak, itu tak penting untuk kita umum. Nanti kita umumkan (siapa yang akan jadi Menteri Besar) apabila masa sesuai nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera Pemuda PN, semalam.

(Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, ketika menjadi Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa kerajaan PN)
- Advertisement -

Sebelum ini, Azmin yang masih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dan telah tewas di Parlimen Gombak pada PRU15 lalu telah menyatakan pendiriannya untuk tidak bertanding di mana-mana kawasan pada PRN kali ini.

Mohamed Azmin menegaskan demikian meskipun nama beliau disebut-sebut untuk bertanding sama ada mempertahankan kerusi Bukit Antarabangsa atau berpindah di salah satu DUN di Hulu Kelang dan Morib.

Dalam pada itu Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memaklumkan PN PN belum memutuskan lagi parti mana yang akan mendapat lebih banyak kerusi di Selangor, tetapi yang pasti menurutnya, PN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN di Selangor.

- Advertisement -

Dalam perkembangan gabungan parti yang sama, Pas Kelantan, memulakan kempen pilihanraya mereka dengan naratif ekonomi untuk kemajuan negeri.

Semalam semasa ceramahnya di Kota Bharu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menjelaskan, kerajaan negeri sudah lama menyusun kembali sumber ekonomi negeri dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil balak. Menurutnya, sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini sumber hasil utama negeri adalah hasil bumi dan perkhidmatan.

(Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah)

Beliau mendakwa, Kelantan dirahmati dengan kepelbagaian unsur nadir bumi yang nilainya mencecah tidak kurang daripada RM125 bilion.

“Kita akan susun sebaiknya selepas PRN nanti supaya hasil unsur nadir bumi ini betul-betul memberikan manfaat kepada Kelantan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Jelajah Ceramah Ppakat Pertahan ‘Pas Pilihanku’ di Pengkalan Chepa, di sini malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu berkata, kerana itulah Pas Kelantan mempelbagaikan senarai calon PRN termasuk dari kalangan profesional menyaksikan mereka dari aliran keagamaan bukan lagi calon majoriti parti itu bagi memenuhi cabaran ekonomi yang lebih besar pada masa akan datang.

Tambahnya, sekiranya dapat terus memerintah negeri ini, sekira terus diberikan mandat, Pas selaku kerajaan negeri telah merancang untuk mengadakan seminar bagi meminta pandangan pakar-pakar mengenai cara terbaik menguruskan hasil bumi dengan lebih mampan.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img