spot_img
spot_img

Kesungguhan MB Johor selesaikan isu rakyat dipuji, namun ada satu perkara lagi boleh tambah

spot_img

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dipuji oleh rakyat negeri itu kerana beliau bersungguh-sungguh menyelesaikan isu kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Kesungguhan beliau boleh dilihat dan telah tular di sosial media serta mendapat penyelesaiannya. Jika dilihat di video-video tersebut, rakyat melihat betapa banyaknya kemudahan serta fungsi organisasi kerajaan yang tidak digerakkan semaksima mungkin bagi memberi perkhidmatan yang cepat kepada rakyat. Dengan kehadirannya sendiri di lapangan, pihak bertanggungjawab seolah-olah bangun dari tidur yang selesa. Inilah yang diperlukan oleh rakyat, pemimpin yang turun padang dan selesaikan masalah dengan segera.

- Advertisement -

(MB Johor tengah memeriksa operasi lalu lintas di CIQ)

Onn Hafiz faham dan jelas bahawa CIQ itu merupakan ‘jantung’ bagi ekonomi negeri dan punca pendapatan rakyat Johor. Dianggarkan seramai 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik setiap hari untuk mencari rezeki di Singapura, menjadikan sempadan antarabangsa itu paling sibuk di dunia. Jika bertambah efisiennya CIQ, ia akan membawa lebih banyak pelabur dan pelancong ke negeri Johor.

Antara langkah penyelesaian jangka pendek telah diambil untuk merealisasikan hasrat itu termasuk penambahan 350 pegawai imigresen menjelang September ini, pertambahan bilangan bas penumpang, mempercepatkan masa palang motosikal dan mengubah suai kedudukan sistem e-gate, katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

- Advertisement -

“Penyelesaian jangka masa panjang pula menerusi pembinaan projek ‘Rapid Transit System’ (RTS) yang dijangka akan mula beroperasi pada penghujung 2026,”, kata beliau.

Beliau berkata lagi, usaha itu telah mendapat maklum balas positif daripada banyak pihak termasuk golongan pelabur asing untuk membuat pelaburan di negeri ini, sekali gus memberi manfaat secara langsung terhadap ekonomi dan rakyat.

Satu lagi perkara jika pentadbiran MB Onn Hafiz benar-benar ingin melihat kemajuan Johor yang optimum, MB perlu mempunyai ‘keberanian’ dalam menggantikan tambak Johor di sebelah perairan Malaysia, dengan menggantikannya kepada jambatan tinggi bagi menghidupkan semula Selat Tebrau.

Ia merupakan logik akal yang mudah bagi kemajuan selatan tanahair, tetapi ia memerlukan political will yang sangat tinggi, apatah lagi persetujuan istana Johor yang sememangnya diketahui sangat berpengaruh di dalam pentadbiran negeri.

Manfaat daripada membina jambatan yang tinggi bagi menggantikan tambak Johor di sebelah perairan Malaysia tidak dapat dinafikan sangat banyak, antaranya ialah ia akan melancarkan aliran lalu lintas kenderaan darat ke Singapura dan sebaliknya. Kapal dagang atau pasukan keselamatan negara juga boleh belayar melalui Selat Tebrau (Selat Melaka ke Laut China Selatan) dan ini akan merancakkan industri perkapalan dan pelabuhan negara iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.
Dengan terbinanya jambatan yang tinggi itu, ia membolehkan bot-bot kecil dan kapal bersaiz sederhana merentasi Selat Tebrau dengan mudah. Selama ini kapal-kapal yang dalam pelayaran jauh perlu mengelilingi Singapura. Kemungkinan pengurangan kapal yang singgah ke pelabuhan di republik itu difahamkan menjadi perkara yang ‘dibimbangi’ pihak Singapura dalam idea menggantikan Tambak Johor di sebelah perairan Malaysia.
(Tambak Johor sekarang yang menutup terus laluan di Selat Tebrau. Ia merugikan negara)
Untuk alam sekitar juga ia akan mengembalikan kelancaran aliran air di Selat Tebrau yang mampu meningkatkan kualiti air dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan negeri Johor secara keseluruhan dengan pembukaan air di Selat Tebrau itu.

Walaupun Jabatan Peguam Negara Malaysia mendapati bahawa Malaysia tidak boleh membina jambatan berkenaan secara bersendirian (unilateral) kerana terikat dengan Perjanjian Air Johor-Singapura, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965, tetapi pastinya jika ikhlas berusaha demi kemajuan rakyat dan negara seperti yang ditunjukkan oleh MB Johor sekarang, pastinya suatu hari kelak usaha ini akan dinikmati oleh generasi yang akan datang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img