PETALING JAYA: Bekas penyanyi dan kini pendakwah, Mizz Nina, selamat bernikah kali ke dua dengan Essam Muhammad.
Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi miliknya, Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman, 43, sah bergelar isteri dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Esam dikatakan seorang penyanyi Rap dakwah dari negara Timur Tengah
(Suami baru Mizz Nina juga seorang penyanyi dakwah)
Menurut Nina, dia memilih Essam sebagai pendamping hidup kerana jejaka asal Maghribi itu berkongsi impian yang sama untuk membantu agama.
“Kami berdua sudah sepakat untuk mendedikasikan hidup kami kepada dakwah.
“Kami berkongsi tujuan, aspirasi di samping sangat teruja untuk melangkah ke fasa baru hidup kami,” katanya.
Menurutnya, perkahwinan adalah tentang cinta yang boleh memberikan ketenangan dan membawa mereka melangkah ke syurga bersama-sama.
“Kami faham bahawa perkahwinan adalah tentang menumbuhkan cinta, mencari ketenangan dan berkasih sayang.
“Perkahwinan adalah tentang mencari keredhaan Allah agar dapat melangkah ke syurga bersama-sama,” jelasnya.
Nina turut mengumumkan majlis resepsi akan diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Terdahulu, Mizz Nina mengejutkan ramai pihak apabila telah memaklumkan perceraian pada 4 Ogos tahun lalu bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur.
Noh dan Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.