spot_img
spot_img

Pendigitalan kesihatan pernafasan

spot_img

PETALING JAYA: Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat terapeutik digital yang berpangkalan di Singapura, Respiree Pte Ltd. (Respiree).

MoU tersebut bertujuan untuk memperkenalkan pendigitalan pengurusan kes dan pemantauan jarak jauh untuk pesakit dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), asma dan apnea tidur serta masalah pernafasan lain di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Komersial Duopharma Biotech, Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid berkata, pihaknya sentiasa meneroka kerjasama yang boleh menawarkan penyelesaian penjagaan kesihatan pintar yang meningkatkan tahap kehidupan.

- Advertisement -

“Ia selaras dengan misi kami untuk menjadi “Kumpulan Penjagaan Kesihatan Terkemuka yang Menyediakan Penyelesaian Berkualiti dan Inovatif”, dan visi kami “Menyediakan Penyelesaian Lebih Pintar untuk Kehidupan yang Lebih Sihat”.

“Bagi pesakit COPD di Malaysia, kadar kemasukan semula ke hospital kerajaan agak tinggi. Memandangkan kesesakan di wad, pemantauan jarak jauh boleh memberi impak positif yang ketara dalam mengurangkan keperluan kemasukan semula,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pemantauan pada masa nyata membolehkan kakitangan perubatan mengesan perubahan kesihatan pesakit, membolehkan intervensi tepat pada masanya dan meningkatkan keputusan seseorang pesakit.

- Advertisement -

“Selain itu, pemantauan jarak jauh juga membantu pesakit yang tinggal di kawasan terpencil atau mereka yang menghadapi cabaran dalam perjalanan ke fasiliti penjagaan kesihatan untuk pemeriksaan berkala,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Respiree, Dr. Gurpreet Singh berkata, keadaan teruk COPD boleh mendorong kedua-dua morbiditi dan kematian.

“Oleh itu, adalah penting untuk dapat mengenal pastinya lebih awal dan melibatkan terapi yang betul.

“Dengan menggunakan RS001 Respiree, doktor kini berpeluang mengenal pasti tahap teruk, bukan beberapa jam atau minit lebih awal, tetapi beberapa hari lebih awal, menggunakan data fisiologi pernafasan,” jelasnya.

Sumber – (NUR NAZLINA NADZARI) UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img