spot_img
spot_img

Harga Minyak Dunia Meningkat Dua Peratus

spot_img

Harga minyak dunia dilaporkan meningkat sebanyak dua peratus semalam.

Agensi berita Reuters melaporkan, kenaikan itu disebabkan gangguan teruk terhadap bekalan minyak Libya dan cadangan supaya Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) serta pengeluar minyak lain meneruskan pengurangan pengeluaran sehingga akhir tahun.

Kumpulan bersenjata menyekat pengeluaran di telaga minyak barat Libya, Sharara dan Wafa, mengurangkan pengeluaran sebanyak 252,000 tong sehari atau kira-kira satu pertiga, kata seorang sumber di National Oil Corp (NOC).

- Advertisement -

 

 

- Advertisement -

NOC mengisytiharkan force majeure terhadap pemuatan minyak mentah dari telaga minyak itu.

Minyak mentah Brent naik 58 sen atau 1.14 peratus kepada AS$51.33 setong.

Kontrak minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) mengakhiri sesi semalam 64 sen atau 1.34 peratus lebih tinggi kepada AS$48.37 setong.

“Penutupan dua lapangan minyak Libya menyokong pasaran hari ini (semalam),” kata Pakar Niaga Hadapan Tenaga Citi Futures, Tim Evans dalam nota penyelidikannya.

Menteri Minyak Iran, Bijan Zanganeh, berkata persetujuan antara OPEC dan pengeluar bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran dan mengurangkan lebihan bekalan minyak mentah global dijangka dilanjutkan melangkaui Jun. – Reuters

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img