spot_img
spot_img

Negara akan masuki sistem pembelajaran digital pada 2025

spot_img

KUALA LUMPUR: Selepas 2025, kita akan melihat fenomena baru iaitu pendigital pendidikan. Istilah ini sudah lama dan kita akan lihat menjelang 2025 nanti, amalan pendigitalan nanti akan mempengaruhi sistem pendidikan negara. Para pelajar boleh melihat apa sahaja ada di dalam google, ini mungkin akan menjadi cabaran baru buat kita tetapi apabila masuk fasa pendigitalan ini, pembinaan pendigitalan pendidikan akan menggabungkan ke semua elemen penting dan membuang elemen yang tidak lagi relevan.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata dalam wacana ilmu Minda Profesor Sistem Pendidikan di Malaysia: Mitos dan Realiti menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut mengulas sebab mengapa pelajar kini kurang minat belajar, antaranya disebabkan kurang kemahiran asas.

- Advertisement -

Pendidikan digital tidak dapat dielakkan. Bukan sahaja pelajar, tenaga pengajar juga harus didedahkan untuk bagaimana mengendalikan platform atau sistem pengajaran digital yang lebih mudah, berkesan dan canggih.

Namun harus diingat bahawa teknologi adalah platform, isi kandungnya harus tetap hadir daripada guru atau pihak kementerian pendidikan di dalam membina kemahiran dan mata pelajaran untuk para pelajar.

Platform itu hendaklah boleh dimuat naik (upload), dimuat turun (download) , ubah (edit), simpan (data storage atau cloud) dan boleh diakses pada bila-bila serta di mana-mana sahaja. Ia bukan sahaja menjadikan sistem pelajaran itu berkesan, tetapi lebih menjimatkan kos, tenaga dan masa.

- Advertisement -

Revolusi pendidikan digital bermula dari sekarang.

————————-

Jendela Biz menyediakan Tawaran Perniagaan Digital iaitu My Online Cikgu kepada sektor pendidikan ini. ia menyediakan ekosistem yang lengkap bagi pelajar dan pengajar. 

Jendela Biz mempelawa usahawan, organisasi mahupun pihak swasta untuk menjadi pemilik perniagaan digital sektor pendidikan ini. 

Hubungi support@jendela.biz atau whatsapp di talian 0124216051 untuk maklumat lanjut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img