Fenomena belalai air atau pusaran angin yang muncul bersebelahan Jambatan Pulau Pinang petang semalam mendapat perhatian netizen.
MStar melaporkan, banyak netizen memuat naik gambar dan video fenomena itu yang berlaku kira-kira pukul 6 petang Selasa di laman media sosial.
Untuk pengetahuan anda, belalai air ialah fenomena puting beliung kecil yang berlaku di pesisiran pantai.
Fenomena itu bukanlah puting beliung kerana ia terjadi dalam skala yang sangat kecil dan tempoh berlakunya pula sangat singkat iaitu lebih kurang seminit sahaja.
Ia biasa berlaku di kawasan persisiran pantai dan akan hilang apabila menghampiri permukaan darat.
Belalai air tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil di kawasan tersebut.