London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Thailand : Tunjuk kemewahan boleh menang pilihanraya

spot_img

BANGKOK — Era rakyat Thailand baju merah lawan baju kuning sudah berakhir. Kini adalah tayangan kemewahan serta fesyen dari ahli politik negara itu sejak kempen menjelang pilihan raya Thailand 14 Mei baru-baru ini.


(Tahun 2013 menyaksikan pertembungan terbesar penyokong kerajaan Thaksin yang terdiri dari rakyat bawahan dan penyokong monarki yang terdiri dari golongan elit dan bandar hingga melumpuhkan negara itu)

Menurut laporan Nikkie Asia, dari wartawan Francesca Regalado berkata pemilihan warna dan fesyen serta jemana dan boleh menjadi faktor pemenang undi. Dia yang telah membuat liputan pilihan raya di Jepun, Filipina dan A.S., di mana pilihan tali leher hanya simple iaitu biru atau merah, atau seluar panjang berbanding skirt, tetapi sangat berbeza di Thailand kali ini di mana mereka mempamerkan jenama mewah yang ketara semasa kempen.

- Advertisement -

Sebagai contoh, calon wanita yang paling popular untuk menang sebagai perdana menteri, Paetongtarn “Ung Ing” Shinawatra, 36, mempunyai kebolehan untuk bercakap dengan rakyat biasa pada perhimpunan kempen, menggunakan bahasa yang mudah difahami tetapi menyentuh emosi, manakala team mate lelakinya bercakap tentang dasar negara yang akan dibuat jika menang. Walaupun dia nampak jelas hamil (sekarang telah melahirkan anak pada minggu lepas) dia telah mengenakan koleksi jaket Chanel, kasut Gucci dan pakaian oleh Dior dan Celine yang digilai wanita semasa berkempen.

Rombongannya kadangkala memakai kasut Nike Air Force sepadanan dalam warna merah dan putih khas untuk partinya, Pheu Thai. Kasut pada calon wanita lain juga terdiri daripada style hitam yang sesuai seperti jenama Yves Saint Laurent Tributes.

- Advertisement -

Keluarga Shinawatra memperoleh kekayaan dalam sektor telekomunikasi dan hartanah sebelum Thaksin, bapa Paetongtarn, dipilih sebagai perdana menteri atas gelombang dasar populis. Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul, seorang PM yang berharap untuk parti Bhumjaithainya, juga berasal dari keluarga pembesar pembinaan dan mempunyai kegemaran untuk jam tangan Audemars Piguet.

Wartawan yang mengejar Anutin semasa dia berkempen di kawasan kejiranan Bangkok dan bersarapan di gerai kaki lima, kelihatan jam tangan mewah Audemars Piguet Royal Oak emas di pergelangan tangannya. Seminggu kemudian pula, menteri itu mengeluarkan versi perak yang dipasangkan dengan tali pinggang Hermes dengan berjalan-jalan di pasar. Harga runcit model itu bermula pada 512,000 baht ($15,046 / RM55,000).

Begitu juga dengan koleksi jam tangan Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan yang mewakili parti kerajaan kini, Palang Pracharath. Dia mempunyai beberapa jenama jam tangan mewah seperti AP Prawit, Richard Mille, Patek Philippe dan Rolex. Dia telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan pada malam pilihan raya 2019. Bagaimanakah seorang pegawai tentera kerjaya mampu membeli jam tangan yang berharga lebih kurang antara 400,000 baht hingga 2.8 juta baht (RM300,000) ?

Prawit berkata jam-jam tangan itu merupakan pinjaman daripada seorang kawan yang kaya raya. Badan penyiasat negara itu mendapati bahawa cukup meyakinkan untuk menggugurkan siasatan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu. Baru-baru ini, Prawit yang berusia 77 tahun telah memakai pula jaket fancy Gucci berwarna-warni semasa perhimpunan kempen — mungkin menarik minat pengundi muda.

Seorang lagi calon muda yang popular untuk menang, pernah berkahwin dengan artis popular Thailand, Pita Limjaroenrat daripada parti Move Forward yang progresif, memakai tali leher Hermes dalam warna oren terang. Ahli politik yang berusia 42 tahun itu juga merupakan seorang peminat muzik rock, di mana dia juga suka memakai koleksi baju rock band seperti Kiss, Guns N’ Roses dan Pink Floyd apabila dia keluar dari kempen – senario yang tidak akan dilihat di mana-mana negara oleh pemimpin politik.

Apabila pilihan raya semakin hampir, persoalannya ialah sejauh mana pemimpin masa depan Thailand boleh memisahkan kerajaan daripada kepentingan perniagaan dan memperkaya diri. Undang-undang anti-rasuah yang dikuatkuasakan dengan lemah sekali, mewajibkan perdana menteri, kabinet, senator dan penggubal undang-undang untuk mengemukakan akaun, aset dan liabiliti, tetapi hanya selepas mengambil dan meninggalkan jawatan, bukan sebelum
masuk bertanding.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img