spot_img
spot_img

Annuar Musa jangka ramai ahli UMNO tinggalkan parti itu

spot_img

KOTA BARU: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa melahirkan perasaannya berkenaan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan semalam.

Bekas ahli parlimen Ketereh itu upload di facebook dan berkata kehadiran kumpulan sosialis dan liberalis (bukan Melayu) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) akan menyebabkan ramai ahli Umno meninggalkan parti itu.

Beliau juga melakukan perbandingan di mana kehadiran ribuan penyokong Umno dan Pas di Pusat Dagangan Dunia Putra pada September 2019 telah menyemarakkan semangat berjuta-juta rakyat dan menyebabkan Umno berjaya memenangi beberapa siri pilihan raya kecil ketika itu.

- Advertisement -

“Kehadiran DAP dan dua kumpulan itu semalam akan menyebabkan ahli Umno keluar parti dan Umno akan ditolak rakyat pada pilihan raya negeri akan datang dan juga pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Annuar yang juga bekas setiausaha agung Umno, dipecat oleh UMNO pada Disember tahun lalu bersama isteri Datuk Seri Shahidan Kassim Datin Seri Shamsiah Md Yassin, yang juga Ketua Wanita Arau, dan isteri Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Ketua Wanita Maran Datin Seri Fatimah Kassim.

Sejak itu, Annuar yang juga bekas ketua Umno bahagian Ketereh telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernama Muafakat Nasional.

- Advertisement -

Hingga hari ini Annuar masih belum menyertai mana-mana parti politik pembangkang walaupun dipelawa oleh Perikatan Nasional. Bagaimanapun, telah tular bahawa Annuar dijangka menyertai Pas tidak lama lagi.

Semalam, kerajaan perpaduan mengadakan Konvensyen Kebangsaannya di WTC KL, titik permulaan agenda nasional yang lebih besar yang merentasi perbezaan ideologi politik, agama dan kaum, selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Komitmen memperkukuh kerajaan perpaduan yang dibentuk oleh 19 parti politik diluahkan oleh beberapa pemimpin pada Konvensyen Wanita Nasional Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Belia Nasional Kerajaan Perpaduan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img