spot_img
spot_img

Kerajaan Anwar akan jatuh selepas PN menang semua 6 negeri di PRN ini

spot_img

Yan 14 Mei : Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata PN yakin akan memenangi kesemua enam negeri pada pilihanraya negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Insya-Allah, kerajaan ini akan jatuh apabila kita dapat mengambil alih semua enam negeri dalam PRN nanti,” katanya ketika berucap pada pelancaran Himpunan Jentera Pilihanraya PN di Guar Chempedak.

Hamzah juga berkata rakyat akan menghantar isyarat bahawa mereka sudah tidak lagi mahu kerajaan sedia ada hari ini. PN akan mengatur Kabinet menjadi lebih baik supaya segala yang dilakukan adalah sesuatu yang benar-benar bertanggungjawab demi masa depan agama, bangsa dan negara.

- Advertisement -

Beliau juga menegaskan tindakan beberapa pihak yang mengaitkan namanya dengan individu  yang dikenakan pertuduhan kes rasuah RM15 juta di mahkamah baru-baru ini dilakukan oleh mereka yang berniat ‘busuk’. Katanya, beliau tidak tahu mengapa namanya dikaitkan dengan kes tersebut sedangkan langsung tidak mengambil duit individu berkenaan walaupun satu sen.

Ia merujuk kepada kes di Mahkamah Sesyen pada Rabu lalu membabitkan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Datuk Seri Sim Choo Thiam yang didakwa meminta suapan RM15 juta daripada Pengarah urusan Asia Coding Centre Sdn. Bhd., Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad pada Jun 2021.

Ia didakwa sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam iaitu Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah kementerian berkenaan pada Jun 2021.

- Advertisement -

Baru-baru ini anak Hamzah juga dikenakan pertuduhan mahkamah akibat menyeleweng minyak masak bersubsidi.

Anak Hamzah Zainuddin didakwa kes minyak masak

Dakwa Ahli Parlimen Larut itu lagi, jika PN mengambil alih kerajaan sedia ada, gabungan tersebut tidak berhasrat untuk mencari kesalahan orang lain seperti yang dilakukan kerajaan sekarang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img