London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Pembuat EV China BYD rancang buka lagi kilang di Vietnam dan Thailand

spot_img

HANOI: Pengeluar kereta elektrik negara China, BYD Co. merancang untuk berkembang ke dalam pembuatan dan pemasangan kenderaan elektrik di negara Vietnam, menurut kenyataan kerajaan Vietnam yang memetik Pengerusi syarikat itu.

Reuters pada bulan Januari lalu secara eksklusif melaporkan bahawa pembuat EV (electric vehicle) yang berpangkalan di Xian mempunyai rancangan untuk membuka kilang di Vietnam untuk alat ganti kereta, dengan tujuan untuk mengeksport komponen itu ke kilang pemasangan yang dirancang di negara jiran iaitu Thailand.

Dalam satu kenyataan kerajaan yang dikeluarkan selepas mesyuarat antara pengasas dan pengerusi BYD Wang Chuanfu dan Timbalan Perdana Menteri Tran Hong Ha pada 5 Mei kelmarin, Wang berkata beliau menjangka Vietnam mempunyai suasana yang menggalakkan untuk BYD melengkapkan prosedur pelaburan.

- Advertisement -

Kenyataan itu tidak menyebut jumlah pelaburan baharu BYD akan ditambah untuk pengembangan itu.

BYD, yang kini mempunyai sebuah kilang untuk memasang peranti elektronik dan alat ganti di wilayah utara Vietnam Phu Tho, turut mencadangkan untuk membentuk rantaian bekalan tempatan, menurut kenyataan kerajaan yang dikeluarkan pada hari Jumaat lepas.

Kehadiran BYD akan memberi cabaran langsung kepada VinFast, pembuat kenderaan EV Vietnam yang mula menjual keretanya pada tahun 2019 dan cuba untuk berkembang penjualannya di Amerika Syarikat dan Eropah.

- Advertisement -

September lalu, BYD, disokong oleh Berkshire Hathaway Warren Buffett, mengumumkan bahawa ia akan membina kilang pemasangan EV di Thailand dengan kapasiti tahunan 150,000 buah kereta mulai tahun 2024.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img