spot_img
spot_img

Bilionaire Singapura ambil alih pengedaran Ferrari Malaysia dari Naza Italia

spot_img

ITAL Auto Malaysia Sdn Bhd (Ital Auto) telah dilantik sebagai pengimport rasmi dan sah yang baharu untuk Ferrari di Malaysia.

Ferrari S.p.A juga telah mengesahkan bahawa bilik pameran di Four Seasons Kuala Lumpur akan siap dalam masa beberapa bulan lagi.

Menurut Ital Auto, bilik pameran di Glenmarie yang dikhabarkan hanya akan bersifat sementara.

- Advertisement -

Ital Auto, yang telah menjadi pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Singapura sejak 2009, mengambil alih peranan baharunya di Malaysia berkuat kuasa mulai 5 Mei ini dan seterusnya.

“Ital Auto telah menjadi pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Singapura sejak 2009, dan telah terbukti sebagai rakan kongsi yang berjaya dan boleh dipercayai dengan memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami. Kami yakin pangkalan pelanggan kami di Malaysia dan rantau ini akan terus dilayan dengan baik,” kata ketua pegawai pemasaran dan komersial Ferrari Enrico Galliera dalam kenyataan itu.

Ital Auto Malaysia akan mengambil alih deposit dan tempahan pelanggan sedia ada daripada Naza Italia untuk kenderaan Ferrari. Ital Auto adalah sebahagian daripada kumpulan Komoco yang dimiliki oleh jutawan Malaysia yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng. Selain Ferrari, Komoco mengendalikan jenama automotif seperti Hyundai dan Maserati di republik itu.

- Advertisement -

(Bilionaire Malaysia yang asas tapak perniagaannya di Singapura – Dato Ong Beng Seng)

Pemilik dan pengedar tunggal Ferrari di Malaysia sebelum ini adalah Kumpulan Naza, Naza Italia yang bekerjasama selama 15 tahun.

NAZA bukan lagi pengedar eksklusif Ferrari di Malaysia

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img