WASHINGTON, 30 April — Elon Musk pada hari Sabtu mengumumkan rancangan untuk platform Twitternya bagi membolehkan penerbit media mengenakan bayaran kepada pengguna pada setiap artikel dengan satu klik sahaja.
“Ini membolehkan pengguna yang tidak perlu mendaftar untuk langganan bulanan membayar harga yang lebih tinggi bagi setiap artikel apabila mereka ingin membaca artikel sekali-sekala,” kata usahawan jutawan itu di Twitter, sambil menambah, “Berharap ia memberikan keuntungan bagi kedua-dua pihak; organisasi media & pembaca.”
Beliau berkata rancangan itu akan bermula pada bulan depan, tetapi tidak memberikan butiran mengenai harga tepat yang akan dikenakan oleh Twitter.
Pengumuman itu hadir ketika Musk sedang bergelut dalam operasi dan kontroversi yang kerap, untuk menjadikan Twitter lebih menguntungkan.
Organisasi media juga telah bergelut selama bertahun-tahun dalam kaedah merangka pelan langganan untuk membayar kos operasi mereka walaupun pembaca telah terbiasa mendapat berita percuma di internet.
Pelan Musk menimbulkan persoalan tentang bagaimana sebenarnya beliau berharap untuk membuat pendekatan pembayaran mikro berfungsi apabila ada pihak lain yang pernah gagal dalam melaksanakan kaedah yang sama.
Antara cabaran utama ialah ramai pembaca akan beralih dari artikel berbayar itu apabila menemui paywall (bahagian membuat bayaran untuk baca lanjut). Pihak penerbit pula lebih suka untuk mendapatkan pelanggan sepenuh masa (contoh: langganan sebulan atau tahunan), yang membawa lebih banyak hasil iklan daripada 20 sen atau lebih daripada penjualan sesuatu artikel.
Cabaran lain yang boleh timbul ialah menggalakkan “umpan klik” berkembang pesat, ia mungkin memihak kepada penerbit besar berbanding penerbit kecil, dan tidak jelas bahawa pengarang – bukan hanya kumpulan berita – akan mendapat sebarang keuntungan.
Namun ada juga yang menyokong pengunguman Elon Musk itu
“Idea yang bagus,” tweet pengguna Greg Autry. “Sebagai pengarang yang kerap dalam penerbitan seperti Forbes, Dasar Luar Negeri dan Ad Astra, saya sering kecewa apabila kerja saya berakhir di sebalik tembok berbayar yang pengikut saya tidak mahu langgan. Ini adalah penyelesaian yang tepat.”
Carlos Gil, pengarang buku pemasaran, menulis tweet: “Dapatkan artikel anda à la carte dan pastikan dompet anda gembira.” Ianya tidak mahal dan membebankan.