spot_img
spot_img

PNB kerjasama dengan Gentari bangunkan infrastruktur pengecas EV

spot_img

Kuala Lumpur : Permodalan Nasional Bhd (PNB), dengan kerjasama Gentari Sdn Bhd (Gentari), akan memasang 59 unit pengecas kenderaan elektrik (EV) membabitkan 18 hartanah milik kumpulan PNB menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Pelaburan, Pelaburan Swasta dan Strategik PNB, Rick Ramli berkata pengecas EV itu akan ditempatkan di pelbagai lokasi, termasuk pejabat, hotel dan resort, kelab golf dan pusat beli-belah.

Inisiatif ini selaras dengan komitmen kepada Rangka Kerja Kelestarian PNB dalam memacu usaha penyahkarbonan dalam portfolio PNB, serta menyokong ekosistem EV di bawah Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 kerajaan.

- Advertisement -

Sementara itu, ketua pegawai operasi Gentari Green Mobility, Haikal Zubir berkata syarikat itu gembira dapat bekerjasama dengan PNB, kerana kedua-dua pihak berkongsi visi yang sama dalam perjalanan ke arah mobiliti hijau.

“Melalui kerjasama ini, Gentari akan menyediakan infrastruktur yang diperlukan di hartanah PNB untuk menyokong keperluan pemandu EV, pada masa yang sama menandakan pengembangan jejak infrastruktur pengecasan EV kami ke negeri-negeri Pantai Timur yang akan meningkatkan keyakinan pemanduan antara negeri,” katanya .

PNB melancarkan Rangka Kerja Kelestariannya pada 21 April 2022, menggariskan 10 komitmen untuk operasinya sendiri serta pelaburannya di bawah teras tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG).

- Advertisement -

Rangka kerja itu akan membantu PNB mengekalkan tumpuannya dalam landskap pelaburan global yang berubah-ubah, di samping mencapai sasarannya untuk menjadi perusahaan sifar karbon dan bersih menjelang 2025 bersama-sama dengan segmen pelaburannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img