NEW YORK, 6 April — Robert F. Kennedy Jr, anak saudara kepada Presiden AS John F. Kennedy yang dibunuh pada tahun 1963, mengumumkan tawarannya untuk Rumah Putih pada 2024 pada hari Rabu.
(Robert F. Kennedy Jr menawarkan dirinya bertanding Presiden AS penggal 2024)
Robert memfailkan kertas kerja dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan negara itu untuk bertanding jawatan presiden yang mewakili parti Demokrat, lapor Agensi Anadolu.
Beliau dikenali sebagai aktivis anti-vaksin, Robert telah menjadi ahli parti Demokrat kedua yang menyertai persaingan merebut jawatan presiden 2024, yang menyaksikan Presiden Joe Biden akan mempertahankan jawatannya.
Robert F. Kennedy Jr. ialah anak kepada bekas peguam negara AS dan calon presiden Robert F. Kennedy, yang juga dibunuh pada tahun 1968 di Los Angeles. Keluarga Kennedy terkenal dengan ‘nasib malang’ apabila sesiapa sahaja yang ingin bertanding jawatan Presiden akan ditimpa bencana. Mereka adalah keluarga kaya dan politik terkenal di AS.
Bekas Presiden Donald Trump, bekas Duta PBB Nikki Haley, bekas Gabenor Arkansas Asa Hutchinson dan usahawan jutawan Vivek Ramaswamy adalah antara calon Republikan yang menwarkan diri untuk bertanding pada persaingan Presiden penggal 2024 ini.