spot_img
spot_img

Trump mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan

spot_img

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku tidak bersalah di atas 34 pertuduhan jenayah iaitu memalsukan rekod perniagaan.

Memetik dari laporan CNN, pengakuan itu dibuat selepas mendengar pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Manhattan hari ini (waktu tempatan).

Pendakwaan itu berpunca daripada penyiasatan pembayaran wang ‘tutup mulut’ peguam Trump kepada seorang pelakon filem lucah, Stormy Daniels pada 2016.

- Advertisement -

Dakwaan juri agung dan dokumen mahkamah yang berkaitan turut dibuka.

Pendakwa raya mendakwa bekas Presiden AS itu cuba menjejaskan integriti Pilihan Raya Presiden 2016 dan merupakan sebahagian daripada rancangan yang menyalahi undang-undang untuk menyekat maklumat negatif.

Trump menafikan semua salah laku itu dan peguamnya berkata, mereka akan berjuang untuk mengetepikan semua pertuduhan berkenaan.

- Advertisement -

Bekas Presiden AS tersebut berikrar untuk meneruskan kempen Pilihan Raya Presiden 2024 dan akan kembali ke Florida.

Beliau dijangka berucap malam ini (waktu tempatan) dari Mar-a-Lago. Sebuah resort percutian dan golf miliknya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img