Seorang lelaki yang mendakwa dirinya berjalan kaki dari selatan ke istana negara bagi merayu untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk membayar hutang, dikritik oleh netizen di laman Tweeter.
Namun menurut data Berita Tular, pengguna di laman Tweeter terdiri daripada golongan bandar dan berpendidikan. Mereka tidak begitu condong dengan kaedah populis pengeluaran KWSP kerana memahami ekonomi dan masa hadapan secara keseluruhan.
Mungkin di media sosial lain ada golongan netizen yang menyokong tindakan ini.
Berikut adalah komen netizen di laman Tweeter :
(Inilah lelaki yang mendakwa dirinya berjalan kaki untuk menuntut pengeluaran KWSP dari Agong)
(Ada yang berkata orang miskin dipergunakan parti tertentu)
Apa pendapat anda tentang pengeluaran KWSP ? Anda menyokong atau patut cari kaedah lain di dalam membangunkan rakyat daripada hanya menggunakan wang simpanan mereka sendiri ?