spot_img
spot_img

UMNO tidak bersuara isu Melayu dalam kerajaan perpaduan

spot_img

Putrajaya : UMNO sebagai salah satu komponen dalam kerajaan perpaduan dilihat tidak memainkan peranan yang tegas dalam memperjuangkan isu-isu orang Melayu. Kenyataan itu disuarakan oleh Negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Tun Dr Mahathir merujuk kepada halangan daripada pihak kerajaan yang ‘menghalang’ usaha untuk menyedarkan orang Melayu akan masalah mereka dengan pelancaran proklamasi Melayu baru-baru ini.

“Perhalangan pelancaran ini bermakna Kerajaan Anwar menolak Perlembagaan negara dan Perlembagaan UMNO. UMNO yang di dalam kerajaan pun tidak bantah (halangan proklamasi Melayu). UMNO tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya”, kata negarawan itu.

- Advertisement -

Sepatutnya UMNO sebagai parti Melayu di dalam kerajaan patut mempertahankan proklamasi ini, kerana isi kandungannya menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Perlembagaan UMNO.

Oleh kerana UMNO ‘tidak bersuara’, Tun Dr Mahathir berkata perlu ada pihak lain bertindak untuk melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera.

Tun Dr Mahathir mengaku, orang Melayu menjadi begitu miskin selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img