spot_img
spot_img

Bakal jadi bekas Presiden AS pertama yang didakwa ?

spot_img

JURI besar New York dilaporkan tidak bersidang pada Rabu (semalam), sekali gus menangguhkan keputusan sama ada mahu mendakwa bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung bayaran yang dibuat kepada bintang porno di bawah kes yang kembali menggemparkan negara itu.

Panel itu yang bersidang secara rahsia biasanya mengadakan pertemuan pada Isnin, Rabu dan Khamis.

Tetapi, sesi pada Rabu dibatalkan pada saat akhir tanpa memberikan butiran lanjut.

- Advertisement -

Sumber rapat kepada juri berkenaan memaklumkan panel tersebut mungkin tidak akan mengadakan pertemuan pada minggu ini.

Difahamkan, jika panel tersebut mengundi sebulat suara untuk mendakwa Trump, anggota Parti Republikan berusia 76 tahun itu akan menjadi bekas Presiden AS pertama berdepan tuduhan kes jenayah.

Tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dijangka memberi impak kepada kempen Pilihan Raya Presiden AS 2024 selepas Trump telah menyatakan hasrat untuk bertanding semula.

- Advertisement -

Pada Januari lalu, Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg telah menubuhkan juri besar selepas beliau melancarkan siasatan terhadap skandal melibatkan bayaran sebanyak AS$130,000 (RM574,015) kepada Stormy Daniels pada 2016 sebagai cubaan untuk menutup mulutnya.

(Stormy Daniels, bintang porno Amerika Syarikat)

Stormy Daniels dikatakan pernah meniduri Donald Trump pada 2006 dan dijanjikan untuk sertai rancangan The Apprentice. Namun apabila Trump bertanding Presiden pada 2016, Stormy Daniels mahu mendedahkan hubungan tersebut dengan penerbitan. Daniels juga akan menerima bayaran yang mahal dengan pendedahan itu. Tetapi Donald Trump melalui peguamnya berjaya menutup mulut wanita itu dengan bayaran ‘sogokan’.

Sejak awal minggu lalu, pihak berkuasa telah meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi panas termasuk di luar Menara Trump selepas bilonair hartanah tersebut mendakwa beliau mungkin akan diberkas pada Selasa berhubung kes kontroversi itu.

Pasukan keselamatan mengambil langkah berjaga-jaga selepas Trump menggesa penyokongnya melancarkan protes jika beliau didakwa yang dikhuatiri akan mencetuskan semula rusuhan ganas seperti di Capitol pada 2021.

Trump sedang berdepan beberapa siasatan jenayah di peringkat negeri dan persekutuan. Antara kes yang mendapat perhatian umum ialah usahanya untuk membatalkan keputusan susulan kekalahannya di negeri Georgia pada 2020, pengendalian dokumen sulit secara salah dan penglibatannya dalam insiden pencerobohan Capitol pada 6 Januari 2021.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img